Followers

Wednesday, February 29, 2012

Tahun Lompat 2012



salam ukhwah salam aspirsi salam 1 malaysia....
.
 29 Februari 2012 baru sahaja melabuhkan tirai......29 Februari 201merupakan hari yang sungguh unik, setiap 4 tahun baru ada tarikh 29 Februari.......apa sebenarnya yang dikatakan tahun lompat?
tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyemakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama.Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.mcm mana pula ngan yang lahir pada tahun lompat?alah jawapannya Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac....hahahahahahahaha



Dalam kalendar Gregorian, kalendar yang digunakan kebanyakan negara, tiga kriteria bagi menentukan tahun lompat adalah:

1.    Setiap tahun yang boleh dibahagikan kepada empat ialah tahun lompat
2.    Daripada tahun-tahun tersebut, jika ia boleh dibahagikan kepada 100, ia bukan   
       tahun lompat, kecuali
3.    Tahun yang boleh dibahagikan kepada 400. Maka tahun tersebut ialah tahun   
       lompat.
uniknya lagi menurut cerita tahun lompat ni adalah bagi sesetengah negara membenarkan perempuan melamar lelaki.....Tahun lompat juga dikenali ‘Bachelor’s Day’ di mana lelaki dikehendaki membayar ‘Sogit’ seperti pembelian pakaian, cincin dan sebagainya sekiranya menolak lamaran berkenaan....mcm2 kan cerita...apa pun semalam 29/2/2012 dah melabuhkan tirainya kini 1/3/2012....apa cerita pula?hahahahahahahaha

No comments:

Post a Comment