Followers

Friday, December 30, 2011

Selamat Tinggal,Selamat Datang

Tik...tik...tik...tik.........Tok...tok...tok...tok

Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan, hari esok adalah harapan. nampaknya hanya beberapa jam sahaja lg 2011 akan melabuh tirainya dan Selamat datang tahun baru 2012 akan tiba.....so apa azam korang warga bloger semua..harap2 semuanya ok hahahahaha. bagi aku Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan......nampaknya Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi, kadang kala tak bererti, kadang kala tanpa makna, atau hanya sedikit maknanya. Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna, setiap lembaran bermanfaat. Selamat tahun baru 2012. Semoga lebih sukses.


Monday, December 26, 2011

Sehari Bersama Kelanasiswa UTHM Group A

salam 1 MALAYSIA salam Ukhwah salam PENGAKAP...

ni beberapa gambar kenang-kenagan bersama kelas kelanasiswa pada 24/12/2011 bertempat disungai balang program Day Camp........antara aktivitinya :-
1.Simpulan dan ikatan
-Tindih kasih berganda
-Tindih kasih air
-Genggam Monyet
2.Kayak
-Pengenalan xtvt kayak
-Tubing
-Water Confident
3.Ikhtiar Hidup(masakan hutan)
-Roti lilit
-Telur bersalut lumpur
-Ubi bakar
4.Plaster Cast
-Membuat acuan untuk mengenali tapak haiwan
5.Khidmat msyarakat.

apa pun TAHNIAH kepada semua ahli koko Kelanasiswa UTHM yg mmberikan kerjasama sepanjang program td. . Semoga anda semua ceria selalu & semoga terhinur ngan gambar-gambar ini....



































Friday, December 23, 2011

Rasiah Tarikh lahir......


salam 1 malaysia......
terfikirkah kamu tentang pesonaliti terhadap tarikh lahir....mari kita tengok sapa yang kena hahahahahahahaha......pesanan dari sya sekadar penghibur tau tiada kena mengena dengan yang meninggal dunia ataupun yang masi hidup...ha3....

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya.
Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

sumber by....Nizarazu


Monday, December 19, 2011

Radio amatur 2011....




salam ukhwah salam 1 malaysia.....

pada 15/12/2011 lalu berlangsungnya peperiksaan radio amatur seri kedua tahun 2011.......sblm cerita lebih lanjut mari kita kenal apa tu radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang. Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.Pengendali radio amatur juga boleh menggunakan satelit amatur untuk berhubung sesama sendiri. Dengan mengunakan peralatan radio dan antena yang biasa digunakan oleh mereka, mereka sebenarnya mampu untuk mengunakan cara komunikasi seperti ini. Satelik ini dibangunkan dan diseliakan oleh pertubuhan radio amator itu sendiri secara suka rela seperi AMSAT. Dengan menggunakan sistem ini, para pelajar sekolah dan pengendali radio amatur boleh bercakap dan berhubung dengan angkasa yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).tujuan Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai. Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein (JY1A) dari Jordan, Raja Bumibol Adulyadej(HS1A)dari Thailand, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater (K7UGA) dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.

ah dah tau kan apa tu radio amatur ha3x.......skrg ni kita tak sabar nak tunggu kelulusan exzam hari tu....apa pun pikir2 segan ga beckp2 tp sekurang2nya kepuasan tu hahahahahahaha apa pun semoga terhibur lah k.....

Wednesday, December 14, 2011

PARLIMEN 2011

salam 1 malaysia salam aspirsi

pada 22/11/2011 Program Lawatan ke parlimen telah diadakan,ini merupakan salah satu usaha menyokong hasrat Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berhubung isu Pembangunan Modal Insan khususnya kepada mahasiswa/i di Malaysia. Bagi meningkatkan kemampuan dan daya saing termasuklah mampu mempelbagaikan peranan mahasiswa/i terutamanya kepada mahasiswa/i baru di UTHM sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti terutamanya bagi generasi muda. Selain itu, amatlah diharapkan pendedahan daripada program ini dapat memberikan peluang kepada universiti (UTHM) untuk mewujudkan pelbagai usahasama dengan semua pihak. Program ini wajar dilihat sebagai satu inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar dan Universiti (MPP UTHM) untuk menggapai cita-cita dan wawasan negara dengan sentiasa mendokong aspirasi Negara Malaysia. Aktiviti yang dirancang sebegini mampu memberikan implikasi dan impak positif demi membina kematangan dan mendidik para mahasiswa agar lebih berketrampilan dan berdaya saing. Delegasi UTHM akan membawa nama dan imej baik universiti sebagai pilihan kepada peluang pendidikan disamping akan mengadakan jalinan persefahaman antara kedua-dua pihak UTHM bersama Parlimen Malaysia. Kepentingan dan keperluan penganjuran program ini adalah usahasama dan manfaat semua pihak khususnya pimpinan mahasiswa serta pihak pengurusan dan pentadbiran universiti. Adalah menjadi harapan yang tinggi, selepas program lawatan ini selesai dan kembali ke UTHM dengan idea dan perencanaan yang lebih baik demi membantu membangunkan mahasiswa dan universiti. Sehubungan diharapkan kunjungan ini akan membuahkan hasil yang sangat membanggakan universiti dan negara.