Followers

Saturday, April 30, 2011

AGM KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA UTHM

SALAM 1 MALAYSIA

pada 16/4/2011 satu Mesyuarat Agung Tahunan kelab sahabat satu malaysia telah berlangsung di dewan jamuan 2 DTII UTHM...Tahniah buat ahli jawatankuasa yang dilantik semoga daripada perlantikan itu kita sama-sama menaikkan nama kelab.....

Rakan SAHABAT 1 MALAYSIA Universiti Tun Hussein Onn Malaysia adalah satu badan yang terdiri daripada pelajar yang sukarela untuk membantu ahli Majlis Tertinggi dalam melaksanakan kerja dan tugasan. Mesyuarat Agung Tahunan akan dapat melatih dan mengesahkan Majlis Tertinggi dan Exco yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan Kelab Sahabat 1 Malaysia.Antara objektif mesyuarat ini di antaranya adalah untuk meningkatkan minat dan semangat ahli untuk berkhidmat di dalam bidang pengurusan di samping untuk mencari pelapis barisan Majlis Tertinggi Kelab Sahabat 1 Malaysia untuk sesi hadapan.

Masyuarat Agung Tahunan diadakan untuk melantik secara rasmi Exco Kelab Sahabat 1 Malaysia sesi 2011/2012. Rasionalnya program ini adalah untuk mengalu-alukan penglibatan ahli sekretariat yang berbesar hati untuk membantu Kelab. Oleh itu, mereka akan lebih bersemangat lagi dalam membantu mempermudahkan lagi segala urusan kerja Kelab Sahabat 1 Malaysia.


JAWATANKUASA KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA UTHM 2011/2012

AHLI JAWATAN KUASA KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA UTHM 2011/2012

PENGERUSI

MOHD. SOFIEE BIN AG BASRIH

0145744276

TIMBALAN PENGERUSI

MOHD REDZA BIN NOOR MEGASHAH

0129051986

SETIAUSAHA AGUNG

NIK MUHD AFNAN B NIK MUHD AFANDI

0134267294

SETIAUSAHA KERJA

MOHD TAUFIQ SYAKIRIN BIN MOHD RIDZA

012-7545017

SETIAUSAHA KERJA II

IZZAH AQEELA BINTI HAMZAH

0128789550 / 0137140225

BENDAHARI AGUNG

ELISA AZRA BINTI ZULKEPLI

0132568835

NAIB PENGERUSI 1 (CINA)

YEOW KAI JUN

0137904876

NAIB PENGERUSI 2 (INDIA)

SUBASH A/L KRISHNAN

0164859343

NAIB PENGERUSI 3(SABAH/SARAWAK)

SURIANI BINTI ABDUL RAHMAN

0135570024

EXCO PERPADUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN

IYLIA SYAFIQA BINTI MASLAN

0137597948

MOHD. ZULHELMI BIN JAAFAR @ KHALID

0139747927

EXCO PENTADBIRAN DATA DAN MAKLUMAT

NURDIA BINTI SAHARULLAH

0137599822

ENIASHARMILA A/P KARUNAKALAN

017-4920544

EXCO LATIHAN DAN KEPIMPINAN

ALFIAN ROBERT

0128309226

SAKINAH BINTI RAZALI

0133911247

EXCO PERHUBUNGAN & PENGANTARABANGSAAN

SITI NUR SYUHAIDA BT ABDULLAH

0137111486

MUHAMMAD ASMAWI BIN MOHD SOLIHEEN

0195130597

EXCO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

MOHD NAZRIN BIN ZAINURI

0176573412

SHANGEETAVAANY A/P KANNAPIRAN

017-5519677

EXCO KEUSAHAWANAN

NURHIDAYAH BT MASWIR

013-7110899

HANIS NABILAH MUSTAFFA KAMAL

0137464658

EXCO BULETIN & KEWARTAWANAN

NURUL HIDAYAH BINTI JUNOH

014-5005646

NUR IZZATI BT SUHAIMI

0129475323

EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH

NUR HAMIZAH BINTI RAZALI

014-9138208

MOHD HAFIZ B MOHAMAD

0145401912

gambar- gambar program boleh lah rujuk kat PART 2 AGM KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA UTHM

Friday, April 15, 2011

I LOVE MY FAMILY.....

KELUARGA BAHAGIA...




SENYUM
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


video

Monday, April 11, 2011

OMG BUNCIT.....

salam ukwah salam 1 malaysia

hahahaha malam ni terlintas pula nak berkongsi masalah hahahaha masalah buncit.....

Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah perkataan yang sering kita dengar dari mulut laki2 mahu pun popuan…dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena.laki2 buncit tak pa lg tp klu popuan hahahahahaha paham2 sendiri lah.. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup,alah ramai lah yang mengalamai masalah buncit ni Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini.

Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

so apa lg bila2 cuba lah,.....apa pun selamat mencuba hahahahahahahaha

nak lg banyak alah taip ja kat google tu banyak lah tips ha3x.......

Saturday, April 2, 2011

CPR PROGRAM PART 2

antara aksi panas budak2 ni ha3x..........................semoga korang terhibur ha3x





































CPR PROGRAM KLKM UTHM......


sesi bergambar bersama penceramah dan para peserta.

Tarikh: 19 Mac 2011

Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat: Dewan Kuliah C, G3 UTHM.

Kelas Kokurikulum KLKM UTHM telah menganjurkan Program Pertolongan Cemas KLKM UTHM pada 19 Mac 2011 sebagai aktiviti semester 2 2010/2011. Tujuan program ini adalah Melahirkan ahli penyelamat yang mampu bertindak tanpa rasa ragu pada masa yang memerlukan, Melahirkan ahli yang berpengetahuan dan berpengalaman sebagai seorang penyelamat, Memberi pendedahan kepada ahli kelab pertolongan cemas tentang teknik – teknik dan praktikal menyelamat dalam pertolongan cemas serta Dapat mempraktikkan sepenuhnya apa yang telah dipelajari dari teori tentang pertolongan cemas .Program ini telah dihadiri seramai 100 orang pelajar Kokurikulum Kelanasiswa UTHM, 20 orang pelajar Kelab Kelanasiswa UTHM dan diringi oleh 2 orang Pemimpin Kelanasiswa iaitu Encik Abdul Hadi Bin Muhammad Zainal dan Encik Hanafi Bin Omar. Dalam program ini, kami telah menjemput Jabatan Pertahanan Awam untuk memberi taklimat serta penerangan berkaitan latihan pertolongan cemas dari segi perubatan. Seramai 10 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam telah hadir bagi menjayakan program ini.

Para pelajar telah berkumpul dan mendaftar di Dewan Kuliah C, G3 mulai pukul 7.45 pagi. Pada pukul 8.30 pagi, program dimulai dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, UTHM dan Pengakap Malaysia. Pada pukul 9 pagi, taklimat bagi slot pertama telah disampaikan oleh Pn Sharifah Halizah Binti Abdullah.Dalam taklimat yang disampaikan, beliau menerangkan definasi, ciri-ciri serta tugas-tugas pertolongan cemas antaranya Menahan darah jika perlu,Berikan perlindungan di tempat yang teduh/keselesaan,Berikan pemulihan pernafasan,Tanggalkan sebarang objek yang menyusahkan mangsa bernafas,Jika mukanya pucat, baringkan mangsa, selimutkan dan Pesakit/mangsa perlukan udara yang bersih. Selain itu, beliau juga menerangkan berkaitan pendarahan dan luka serta cara-cara rawatan.

Pada pukul 11 pagi pula, program slot kedua dimulakan iaitu cara bantuan pernafasan
(CPR). Para pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dibantu oleh anggota-angota Jabatan Pertahanan Awam. Setiap kumpulan telah disediakan patung manusia dan setiap pelajar dikehendaki menunjukkan cara-cara CPR yang betul.

Selepas berehat, slot ketiga telah dimulakan pada pukul 2.30 petang iaitu keselamatan dalam bangunan. Sebelum taklimat diberikan, para pelajar diberi latihan keselamatan kebakaran dalam bangunan dimana mata mereka ditutup dan mereka diberi masa 5 minit untuk mencari pintu keluar berdasarkan pada dinding-dinding di dalam bangunan.

Pada pukul 4.30 petang, majlis penyampaian cenderamata oleh Encik Hanafi Bin Omar kepada anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam telah diadakan dan juga majlis merakamkan kenangan bersama anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam. Program Latihan Pertolongan Cemas ini telah tamat pada pukul 5.00 petang. Diharap program ini dapat memberikan bimbingan dan kefahaman kepada ahli-ahli Kelanasiswa UTHM dan dapat diaplikasikan apabila perlu.

pic2 program boleh tengok kat CPR PROGRAM PART 2