Followers

Saturday, April 2, 2011

CPR PROGRAM KLKM UTHM......


sesi bergambar bersama penceramah dan para peserta.

Tarikh: 19 Mac 2011

Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat: Dewan Kuliah C, G3 UTHM.

Kelas Kokurikulum KLKM UTHM telah menganjurkan Program Pertolongan Cemas KLKM UTHM pada 19 Mac 2011 sebagai aktiviti semester 2 2010/2011. Tujuan program ini adalah Melahirkan ahli penyelamat yang mampu bertindak tanpa rasa ragu pada masa yang memerlukan, Melahirkan ahli yang berpengetahuan dan berpengalaman sebagai seorang penyelamat, Memberi pendedahan kepada ahli kelab pertolongan cemas tentang teknik – teknik dan praktikal menyelamat dalam pertolongan cemas serta Dapat mempraktikkan sepenuhnya apa yang telah dipelajari dari teori tentang pertolongan cemas .Program ini telah dihadiri seramai 100 orang pelajar Kokurikulum Kelanasiswa UTHM, 20 orang pelajar Kelab Kelanasiswa UTHM dan diringi oleh 2 orang Pemimpin Kelanasiswa iaitu Encik Abdul Hadi Bin Muhammad Zainal dan Encik Hanafi Bin Omar. Dalam program ini, kami telah menjemput Jabatan Pertahanan Awam untuk memberi taklimat serta penerangan berkaitan latihan pertolongan cemas dari segi perubatan. Seramai 10 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam telah hadir bagi menjayakan program ini.

Para pelajar telah berkumpul dan mendaftar di Dewan Kuliah C, G3 mulai pukul 7.45 pagi. Pada pukul 8.30 pagi, program dimulai dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, UTHM dan Pengakap Malaysia. Pada pukul 9 pagi, taklimat bagi slot pertama telah disampaikan oleh Pn Sharifah Halizah Binti Abdullah.Dalam taklimat yang disampaikan, beliau menerangkan definasi, ciri-ciri serta tugas-tugas pertolongan cemas antaranya Menahan darah jika perlu,Berikan perlindungan di tempat yang teduh/keselesaan,Berikan pemulihan pernafasan,Tanggalkan sebarang objek yang menyusahkan mangsa bernafas,Jika mukanya pucat, baringkan mangsa, selimutkan dan Pesakit/mangsa perlukan udara yang bersih. Selain itu, beliau juga menerangkan berkaitan pendarahan dan luka serta cara-cara rawatan.

Pada pukul 11 pagi pula, program slot kedua dimulakan iaitu cara bantuan pernafasan
(CPR). Para pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dibantu oleh anggota-angota Jabatan Pertahanan Awam. Setiap kumpulan telah disediakan patung manusia dan setiap pelajar dikehendaki menunjukkan cara-cara CPR yang betul.

Selepas berehat, slot ketiga telah dimulakan pada pukul 2.30 petang iaitu keselamatan dalam bangunan. Sebelum taklimat diberikan, para pelajar diberi latihan keselamatan kebakaran dalam bangunan dimana mata mereka ditutup dan mereka diberi masa 5 minit untuk mencari pintu keluar berdasarkan pada dinding-dinding di dalam bangunan.

Pada pukul 4.30 petang, majlis penyampaian cenderamata oleh Encik Hanafi Bin Omar kepada anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam telah diadakan dan juga majlis merakamkan kenangan bersama anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam. Program Latihan Pertolongan Cemas ini telah tamat pada pukul 5.00 petang. Diharap program ini dapat memberikan bimbingan dan kefahaman kepada ahli-ahli Kelanasiswa UTHM dan dapat diaplikasikan apabila perlu.

pic2 program boleh tengok kat CPR PROGRAM PART 2

No comments:

Post a Comment