Followers

Monday, February 21, 2011

SESI RAPAT UMUM CALON2 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM SESI 2010/2011

Nampaknya sesi rapat umum telah pun diadakan pada 20/2/2011 bertempat di depat kolej kediaman TDI dan 21/2/2011 bertempat di kolej kediaman pewira.menurut mantan MPP sesi 2009/2010 saudara Shahzada Khan Saya bersyukur sesi rapat umum tadi tidak berlaku apa2 pergaduhan, dan saya berharap ia sekadar provokasi untuk memantapkan kekuatan public speaking semua bakal2 MPP, tadi tu 1st time dlm uthm, maybe semua teruja sikit...tapi kalau dibanding dgn ipt lain, kita antara yg paling aman, ade pro n con yg jadi tadi, apa2 yg jadi akan menunjukkan imej mahasiswa yg realitinya di kampus kita, tapi tadi kira masih matang dan terkawalsaya menyeru supaya Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa mengekalkan keamanan begini di kampus UTHM. Biar IPTA lain jealous tengok kematangan kita =) for UTHM - we Love UTHM!

APA PENDAPAT MEREKA:

Mohd Latifi Mahmood: saya lihat sungguh kagum ada public speaking tadi walaupunn suara saya da hilang suara... tapi semangat berkempen macam ni ada di luar biasa... semoga tiada yang kecil hati apa yang berlaku tadi.. ssemoga kita kekalkan keamanan dalam universiti...

Nurinza Teddie : SgT BerSeManGat PuBlIc SPeaKiNg daRi CaLOn2 MalAm TadI BaeK daRi PRo A MahUpOn Pro M.....SemOgA SemANgaT TuH x hIlAng...DaN diHarAp kIta X BerMAsaM MukA daN BerGaduH PasAl PenYoKoNg2 SeMalAm..ItU HanYAlaH uNtuK MeMeriAhkaN SuasAna....JaNgaN DiseBabkAN BerlaInaN pOlItIk (kAmpUs) kiTa PuTus KawaN.....TeRUskAn PerJuAngAn DeMi MahAsiSwa/i UTHM!!!.....

Nik Afnan: seronok td..tiba2 aura luar biasa kluar...mcm xpercaya pulak td tiba2 telebih lantang td..huk3
ape2 pun biarla hanya dimedan PRK ukhwah kita umat islam dan bangsa melayu dijaga jgn kita berpecah sesama kita

koleksi gambar2 tunggu sambungan part 2 dalam part 2 PRK UTHM......

Mahasiswa/i Mengkritik perjalanan Pilihanraya kampus UTHM?

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein OnnMalaysia (UTHM) yang sepatutnya dijalankan pada 21 Februari (Isnin ini) serentak dengan kampus-kampus lain sedikit tergendala kerana telah ditunda ke hari kemudiannya berikutan pembatalan keseluruhan proses penamaan calon yang telah berlangsung pada 17 Februari lalu.

Kesemua 56 calon-calon yang layak bertanding merebut 30 kerusi yang ditawarkan dalam kabinet MPP UTHM telah dibatalkan pencalonan mereka atas alasan masalah teknikal.

Pada hari penamaan calon yang lalu, seramai 57 pelajar mengemukakan borang pencalonan masing-masing. Seorang dibatalkan pencalonan kerana menerima bantahan, menjadikan 56 calon layak bertanding.

Dalam proses yang sama juga, seorang calon Pro-mahasiswa dibantah oleh calon Pro-Aspirasi atas alasan mata nilai purata terkumpul (CPA) calon terbabit bawah 2.7 mata. Namun, dalam bantahan terhadap beliau ditolak berikutan syarat yang termaktub dalam peraturan jawatankuasa pemilihan menyebutkan bahawa calon dengan CPA 2.7 bawah adalah layak bertanding tetapi tidak digalakkan.

Perkara 4.2 menyatakan: "Walaubagaimanapun, pelajar yang mempunyai CPA kurang daripada 2.7 tidak digalakkan untuk menjadi calon."

Pembatalan keseluruhan proses penamaan calon tersebut telah menimbulkan isu di kalangan mahasiswa UTHM. Ini kerana selepas pembatalan, wujud notis tambahan dalam borang calon yang menekankan soal kelayakan sebagai calon dengan menyatakan:

"Pelajar yang mempunyai CPA kurang daripada 2.7 tidak digalakkan untuk menjadi calon. Walaubagaimanapun, permohonan calon adalah tertakluk kepada budi bicara Dekan atau wakil rasmi Dekan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar) 2011 bagi menyokong atau menolak permohonan pelajar untuk menjadi calon."

Ia dilihat sebagai satu campurtangan pihak tertentu untuk cuba mempengaruhi atau menekan dekan-dekan fakulti bagi tidak membenarkan calon tertentu diberi kebenaran bertanding pada proses penamaan calon yang lepas, daripada diberi peluang sekali lagi untuk bertanding.

Menurut seorang mahasiswa UTHM, sekiranya benar tindakan tersebut dibuat atas tujuan dan niat berkenaan, maka tindakan ini sangat tidak adil kerana kriteria dan syarat layak untuk menjadi calon yang bertanding adalah ditetapkan sendiri oleh jawatankuasa induk pelaksana pemilihan MPP dan mahasiswa telah mengikut syarat sebagaimana yang telah ditetapkan.


Malah, mahasiswa sendiri telah mendapat kelulusan dari pihak dekan fakulti masing-masing bagi membuktikan bahawa mereka telah mendapat perkenan dari pihak dekan fakulti sekaligus boleh dikira sebagai mendapat galakan dari pihak dekan sendiri.

Kenyataan dalam notis terbabit sangat jelas menunjukkan ia satu pindaan yang masih baru dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Perwakilan UTHM 2011 untuk mensabotaj calon yang berjaya dalam rayuan melawan bantahan yang dibuat ke atasnya.

Dengan wujudnya notis penambahan yang baru tersebut, ianya boleh dimanipulasi oleh pihak yang mempunyai kuasa dalam menyokong atau menolak permohonan pelajar untuk menjadi calon.

Sebagai contoh, ia boleh dimanipulasikan oleh pihak yang mempunyai kuasa untuk menyokong calon yang disukai tetapi dalam masa yang sama menolak permohonan calon yang tidak disukai meskipun kedua-dua calon memiliki CPA kurang dari 2.7.

Lebih menimbulkan persoalan di fikiran mahasiswa apabila mesyuarat yang dilakukan jawatankuasa induk pemilihan MPP tersebut dilakukan setelah satu kenyataan memboikot pemilihan MPP dikeluarkan oleh pihak Pro-aspirasi setelah mereka gagal membantah calon Pro-mahasiswa atas alasan CPA terbabit.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/letters/156444)

ASPIRASI UTHM BOIKOT PILIHANRAYA KAMPUS UTHM

pimpinan Pro - Aspirasi UTHM telah sebulat suara memboikot pilihanraya kampus UTHM biar btl????? selepas sesi penamaan calon td apa yang dilihat tiada lagi poster-poster calon-calon Pro - Aspirasi UTHM di naikkan di kampus.

Menurut sumber yang sya dapat,alas an pihak pro aspirasi memboilot pilihan raya kampus UTHM bukan lah saja tetapi dengan alas an tersendiri ha3x………pertama kali dalam sejarah UTHM buat penamaan calon sampai 2 kali….

Sehari selepas hari penamaan calon, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) memanggil kesemua calon yang bertanding dalam satu perjumpaan tergempar membabitkan Timbalan Pendaftar HEP Abdul Malek Ibrahim pada jam 6.30 petang di hadapan pejabat bahagian itu bagi memaklumkan pembatalan keseluruhan proses penamaan calon disebabkan MASALAH TEKNIKAL.

Pihak Pro - Aspirasi UTHM menggariskan beberapa tuntutan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM ;

(1) Apakah piawaian yang di gunakan apabila calon daripada pembangkang di manapointer di bawah 2.70 dibenarkan bertanding? Kali pertama dalam sejarah Pemilihan MPP, terdapat calon yang dibenarkan bertanding CPA di bawah 2.70. Terdapat calon daripada Pro - Aspirasi yang CPA di bawah 2.70, Dekan Fakulti tidak benarkan bertanding tetapi calon daripada pembangkang dibenarkan. Minta penjelasan.

(2) Peraturan kempen di buat secara lisan tanpa hitam putih dengan peraturan-peraturan yang memperlekehkan mahasiswa. Apakah rasional kempen telah di buat secara berjadual iaitu telah ditetapkan masa di kolej-kolej kediaman. Adakah ini sekolah? Di mana kebebasan mahasiswa untuk berpolitik di kampus seolah-olah peraturan pada tahun ini mengikat mahasiswa untuk menyuarakan hasrat sebagai pimpinan sempena pilihanraya kampus. Malah lebih mengejutkan untuk berkempen sahaja sekarang terpaksa meminta kebenaran pengetua ataupun felo. Apakah rasionalnya pada tahun ini? Peraturan ini kalau di lihat di sebut hanya secara lisan tanpa apa-apa notis, buku panduan, atau apa-apapun yang yang bercetak.

(3) Halangan berkempen di media baru. Tidak membenarkan mahasiswa berkempen di Facebook. Kita sekarang di abad-21. Sedangkan dunia luar sekarang menggerakkan segalanya melalui media baru seperti Facebook. Lihat sahaja bagaimana gerakan di Mesir dimulakan di Facebook. Apakah rasional halangan berkempen menggunakan media baru oleh Pejabat HEP pada tahun ini?

(4) Halangan berkempen menggunakan idea kreatif seperti berkonvoi. Maka kehangatan yang di tunggu-tunggu hanya setahun sekali oleh masayrakat kampus telah terpadam. Sekali lagi peraturan baru yang tidak rasional.

BERDASARKAN ini, pihak Pro - Aspirasi telah membekukan segala kempen pada hari ini, sehingga satu penjelasan di buat oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Pihak Pro - Aspirasi telah membawa isu ini ke peringkat atasan Pentadbiran Universiti untuk diberikan perhatian. Pihak Pro - Aspirasi UTHM tidak teragak-agak untuk menyuruh calon-calon kami menarik diri dalam masa terdekat ini termasuklah yang telah menang untuk memboikot pilihanraya kampus kali ini.

Untuk sesi pada malam ini bersama sempena roadshow TNC HEPA, pihak Pro - Aspirasi tidak akan memakai baju rasmi Pro - Aspirasi dan calon-calon kami tidak akan berkempen pada malam ini.

(sumber: http://aspirasiuthm.blogspot.com/2011/02/pro-aspirasi-uthm-boikot-pilihanraya.html)

Pilihanraya Kampus UTHM sesi 2010/2011

Semua mahasiswa-mahasiswi pasti punya harapan baru yang ingin dicapai pada semester ini.,UTHM kini sudah mula merasa bahang menantikan bakal pimpinan baru yang akan mengepalai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPPUTHM) 2010/2011.

4 Febuari 2010 yang lalu, telah genap setahun pemerintahan MPPUTHM sidang 2009/2010 dan telah pun dibubarkan pada 3 Febuari 2011. Kini persoalan yang sering didengar sejak 2 menjak ni bilakah pilihanraya kampus akan diadakan? Bukan sahaja golongan mahasiswa tetapi para pensyarah dan staf-staf yang penting PRO ASPIRASI juga PRO MAHASISWA juga turut menantikan bilakah tarikh pilihanraya kampus akan berlangsung.

HARI PENGUNDIAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP 10/11)
TARIKH: 22 FEBRUARI 2011(SELASA)

TEMPAT: Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Makmal Komputer Kampus Bandar
...Makmal Komputer Kolej Kediaman Perwira
Makmal Komputer Kolej Kediaman Taman Universiti

MASA: 9 PAGI - 4.30 PETANG

SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN SELAMAT MENGUNDI CALON-CALON ASPIRASI..!!!


Pilihanraya Kampus UTHM sesi 2010/2011

Semua mahasiswa-mahasiswi pasti punya harapan baru yang ingin dicapai pada semester ini.,UTHM kini sudah mula merasa bahang menantikan bakal pimpinan baru yang akan mengepalai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPPUTHM) 2010/2011.

4 Febuari 2010 yang lalu, telah genap setahun pemerintahan MPPUTHM sidang 2009/2010 dan telah pun dibubarkan pada 3 Febuari 2011. Kini persoalan yang sering didengar sejak 2 menjak ni bilakah pilihanraya kampus akan diadakan? Bukan sahaja golongan mahasiswa tetapi para pensyarah dan staf-staf yang penting PRO ASPIRASI juga PRO MAHASISWA juga turut menantikan bilakah tarikh pilihanraya kampus akan berlangsung.

HARI PENGUNDIAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP 10/11)
TARIKH: 22 FEBRUARI 2011(SELASA)

TEMPAT: Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM
Makmal Komputer Kampus Bandar
...Makmal Komputer Kolej Kediaman Perwira
Makmal Komputer Kolej Kediaman Taman Universiti

MASA: 9 PAGI - 4.30 PETANG

SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN SELAMAT MENGUNDI CALON-CALON ASPIRASI..!!!