Followers

Monday, October 24, 2011

OH GADDAFI...........


" setinggi manapun kita, sebesar manapun kita, sekaya manapun kita, sekuat manapun kita, , jauhilah sikap sombong dan angkuh itu,sikap tolehransi sentiasa menghormati kasih antara satu sama lain perlu ada terhadap diri kita"


tujuan sya menulis berkaitan OH GADDAFI bukan menunjukkan rasa tidak puas hati atau untuk menjadikan ia sebagai isu,apa yg sya cuba sampaikan hanya sebagai perkongsian dalam cerita sebalik muammar gaddafi yang menjadi berita hangat seluruh dunia atas kematian beliau...apa yang cuba dikongsikan bersama ada yang menganggap beliau sebagai hero yang membawa perubahan dan lantang menentang barat dan sekutunya,ada pula pihak lain yang menganggap beliau adalah diktator...apa pula pendapat korang?

kematian yang dikatakan agak tragis,yang mana beliau ini ditemuai mati ditempat persembunyian dipaip kumbahan,menurut sumber lain yang menyatakan beliau sempat merayu "saudara tolong jgn bunuh sya"merupakan kata2 terakhir beliau.kelahiran di libya adalah antara pemmpin paling lama pemerintahan di dunia selama 42 tahun sejak berusia 27 tahun....waaaaa cukup hebat

sejak pemerintahan beliau dikatakan beliau ini mengamalkan perbuatan pelik,antaranya memilih wanita yang masi dara untuk dijadikan sebagai pengawal peribadi,cukup hebatkan lepas tu beliau sendiri juga yang memilih dan mengahntar ke latihan untuk menjadi pembunuh yang sangat cekap,sampaikan 40 wanita itu dikatakan tidak pernah langsung meninggalkan dan setia menanti disisi beliau.beliau juga tidak akan sesekali utnuk diduduk atau tiggal dihotel sewaktu diluar negara,beliau akan memilih untuk tinggal dalam kemah yang dihias indah seperti mahligai sehinggahkan perbincangan bersama2 pemimpin beliau lebih gemar berbincang dalam kemah....pelik juga kan ha3x.....

antara fakta menarik:-
1) setiap rakyat libya menerima imbuhan daripada hasil minyak yang terus dimasukkan ke akaun masing2.

2)beliau pernah bersumpah dengan ayah beliau yang tidak akan memiliki tumah selagi tiap2 rakyat libya tidak mempunyai rumah,dan terbukti gaddafi dan anak serta isteri sebelum ini tinggal dalam kemah.

3)bank di libya tidak mengenakan sebarang faedah dalam urusan niaga

4)rakyat yang mau bertani atau berladang akan diberikan tanah dan binatang ternakana secara percuma.

5)rakyat tidak dikenakan sebarang bayaran penggunaan elektrik

6)pendidikan diberi secara percuma

7)pasangan pengantin akan mendapat sekali bayaran 6000 dinar sebagai insentif perkahwinan.

8)kemudahan perubatan juga adalah secara percuma

so apa yang dapat disimpulkan walaupun beliau hanya tinggal nama namum kebanyakkan penduduk libya serta pengikut2nya kini inginkan sejarah kepimpinan beliau tidak akan dilupuskan,walaupun ada yang bersuka ria atas kematian beliau dan ada yang bersedih dan maukan pembelaan yang sepatutnya sebagai seorang tawanan. Beringat lah bahawa kita juga, sebagai manusia biasa, sentiasa menghadapi ujian dari Nya.





sumber:- metro,hairan minggu,berita harian
23/10/2011

Sunday, October 23, 2011

PEMIKIRAN MAHASISWA/I??????


".......halatuju mahasiswa,pemikiran mahasiswa,provokasi mahasiswa dan pelbagai lagi adakah salah wujudnya pemikiran mahasiswa ni,klu btl salah kami hanya mampu bersuara dan membantu untuk membentulkannya"


MAHASISWA/I ????? Mahasiswa/i merupakan golongan terpelajar dan yang mana golongan yang terpilih untuk memperdalam ilmu di kolej-kolej, kampus-kampus, universiti-universiti dan apa saja institut-institut pengajian yang dapat disama ertikan seperti gudang menimba ilmu di seluruh pelusuk dunia ini. Saya bukanlah seorang aktivis mahasiswa,apa lagi seorang pemimpin tertinggi di Universiti,sya hanya penuntut biasa IPTA kelahiran ‘anak jati sabah’. . Namun mata yang diberi,mulut yang diberi, Akal yang dikurniakan ilahi, Bukanlah sebagai aksesori untuk berdiam diri mengerti kehidupan umat di sekitar kampus,bukan juga sebagai perhiasan untuk berdiam diri mengerti dan memerhati kehidupan rakan-rakan di sekitar kampus. Namun Hakikatnya yang perlu diteliti,Kerana dengannya mahasiswa belajar erti untuk hidup berasaskan ilmu. Bukan sekadar belajar ilmu tanpa mengerti apa itu hukum alam.Mahasiswi sebenarnya secara tidak langsung telah menggalas satu amanah yang sangat besar, yang terpikul di atas pondok mereka sendiri..........


Universiti mempunyai warna politiknya sendiri,mahasiswa tetap bijaksana. Mereka mengerti semuanya. Namun mereka masih terleka dan biarkan sahaja,kenapa sikap mahasiswa/i sedemikian?sampai bila ingin dibuai mimpi.......sya menulis bukan atas dasar menuduh atau sebagai provokasi untuk mana2 pihak,namun untuk berkongsi dan mencari erti niat dihati. Apakah yang dihajat buatkan kita menutup mulut-mulut mahasiswa yang cerdik pandai. Sehinggakan kita memaksa mahasiswa/i mengenakan platfom yang sama dengan kita. Sehingga pelbagai platfom itu lusuh, dikotor,diluntur dan lesu itu terus dipakaikan kepada generasi anak Umat kita,generasi maruah anak bangsa kita.......sampai bila adakan platfom ini perlu dipikirkan?adakah perpecahan yang ingin dicapai?PIKIR-PIKIRKAN LAH WAHAI GENERASI MAHASISWA?I SEKALIAN..wujudnya kita bukan ingin menjadi pekerja suruhan oh tidak,Tetapi Mahasiswa adalah bakal pembuka jalan pemikiran bukan hanya mengikut jalan yg sedia ada sedangkan kita tau jln itu adalah jalan yang salah. Namun sya percaya Mahasiswa/i sekarang adalah pembuka minda yang sangat tinggi dan luar biasa "Hormatilah pemikiran mahasiswa"


BERINGATLAH WAHAI MAHASISWA/I,kita bukan mahasiswa/i yang hanya membawa bendera. Kita bukannya pengikut rentak orang luar disana. . Bukan semuanya perlu didemonstrasikan. Kita punya jatidiri,kita punya maruah diri,kita punya maruah bangsa kita sendiri. Apalah bezanya kita jika kita mahasiswa berfikiran di luar kotak. Orang luar yang sepatutnya tunduk hormat diatas kata pemikir dari orang muda bergelar mahasiswa.BANGKIT dan bersatu itu yang ingin dicapai bukan hanya perpecahan yg dicapai namum isu kebebasan mahasiswa melawan arus dalam pendekatan dunia komunis amat2 perlu dihapuskan.


"ya allah pimpinlah generasi kami dari insan yang menyayangi.bukan perpecahan yang kami ingin kecapi tp bersatu hati yg kami cari untuk anak generasi anak bangsa dikemudian hari"


..........Sejauh mana pemikiran mahasiswa/i yang lain.......

Friday, October 7, 2011

Sambutan Merdeka Raya 2011

salam ukhwah salam 1 malaysia..

ni merupakan program konvoi merdeka raya yang berlangsung pada 14/9/2011..dianjurkan oleh pejabat hal ehwal pelajar laluan sekitat batu pahat....


























Thursday, October 6, 2011

PROGRAM EKSPLORASI MERDEKA AIDILFITRI

salam ukhwah salam 1 malaysia


Pada 16 september 2011, Kelab Sahabat 1 Malaysia telah menganjurkan satu program EXPLORASI MERDEKA AIDILFITRI di perkarangan Universiti Tun Husieen Onn Malaysia. Program eksplorasi UTHM dan juga makan malam bersama anak – anak yatim dari Kluang telah diadakan pada hari tersebut. Program Eksplorasi Merdeka telah diadakan sekitar perkarangan UTHM yang diadakan disebelah pagi yang bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari yang telah disertai seramai 25 kumpulan manakala program makan malam bersama anak yatim sempena menyambut aidilfitri telah diadakan disebelah malam yang bermula pada pukul 8.00 malam sehingga pukul 11.00 malam yang diadakan di Dewan Terbuka UTHM. Seramai 50 orang anak yatim, 10 orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar UTHM (MPP), 20 orang ahli Kelab Sahabat 1 Malaysia dan Jawatankuasa – Jawatankuasa Kelab Sahabat 1 Malaysia telah hadir pada makan malam aidilfitri tersebut. Selain daripada program makan malam itu, pemberian duit raya kepada anak – anak yatim juga diadakan.


objektif

2.1 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar

dalam menguruskan program. ( KI :LS1, LL3)

2.2 Mengimbau kembali perjuangan pemimpin dan pejuang

kemerdekaan terdahulu dalam pembangunan intelektual,

bangsa dan negara. (KI : LL1,LL2)

2.3 Meningkatkan keterampilan dan ketokohan pelajar dalam

menangani masalah dan menyelesaikan cabaran.

(KI:LS1,LS2)

2.4 Membentuk semangat jati diri pelajar supaya sentiasa

cintakan tanah air serta

berilmu,berkeyakinan,cemerlang,gemilang dan terbilang.

(KI:LS1,CTPS1,CTPS2)

2.5 Mewujudkan hubungan silaturahim di kalangan warga

kampus(KI:TS1,TS2,TS3)


kesimpulan

Program EKSPLORASI MERDEKA AIDILFITRI merupakan cetusan idea daripada Presiden Kelab Sahabat 1 Malaysia itu sendiri iaitu En. Sofiee bin AG Basrih dan Naib Presiden Kelab Sahabat 1 Malaysia iaitu En. Mohd Redza Noor Megashah. Program ini diadakan adalah untuk memberi pendekatan diantara pelajar – pelajar UTHM dan juga Jawatankuasa – Jawatankuasa Kelab Sahabat 1 Malaysia untuk mengenali antara satu sama lain selain mengeratkan lagi silaturahim yang semakin terjalin.