Followers

Thursday, October 6, 2011

PROGRAM EKSPLORASI MERDEKA AIDILFITRI

salam ukhwah salam 1 malaysia


Pada 16 september 2011, Kelab Sahabat 1 Malaysia telah menganjurkan satu program EXPLORASI MERDEKA AIDILFITRI di perkarangan Universiti Tun Husieen Onn Malaysia. Program eksplorasi UTHM dan juga makan malam bersama anak – anak yatim dari Kluang telah diadakan pada hari tersebut. Program Eksplorasi Merdeka telah diadakan sekitar perkarangan UTHM yang diadakan disebelah pagi yang bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari yang telah disertai seramai 25 kumpulan manakala program makan malam bersama anak yatim sempena menyambut aidilfitri telah diadakan disebelah malam yang bermula pada pukul 8.00 malam sehingga pukul 11.00 malam yang diadakan di Dewan Terbuka UTHM. Seramai 50 orang anak yatim, 10 orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar UTHM (MPP), 20 orang ahli Kelab Sahabat 1 Malaysia dan Jawatankuasa – Jawatankuasa Kelab Sahabat 1 Malaysia telah hadir pada makan malam aidilfitri tersebut. Selain daripada program makan malam itu, pemberian duit raya kepada anak – anak yatim juga diadakan.


objektif

2.1 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar

dalam menguruskan program. ( KI :LS1, LL3)

2.2 Mengimbau kembali perjuangan pemimpin dan pejuang

kemerdekaan terdahulu dalam pembangunan intelektual,

bangsa dan negara. (KI : LL1,LL2)

2.3 Meningkatkan keterampilan dan ketokohan pelajar dalam

menangani masalah dan menyelesaikan cabaran.

(KI:LS1,LS2)

2.4 Membentuk semangat jati diri pelajar supaya sentiasa

cintakan tanah air serta

berilmu,berkeyakinan,cemerlang,gemilang dan terbilang.

(KI:LS1,CTPS1,CTPS2)

2.5 Mewujudkan hubungan silaturahim di kalangan warga

kampus(KI:TS1,TS2,TS3)


kesimpulan

Program EKSPLORASI MERDEKA AIDILFITRI merupakan cetusan idea daripada Presiden Kelab Sahabat 1 Malaysia itu sendiri iaitu En. Sofiee bin AG Basrih dan Naib Presiden Kelab Sahabat 1 Malaysia iaitu En. Mohd Redza Noor Megashah. Program ini diadakan adalah untuk memberi pendekatan diantara pelajar – pelajar UTHM dan juga Jawatankuasa – Jawatankuasa Kelab Sahabat 1 Malaysia untuk mengenali antara satu sama lain selain mengeratkan lagi silaturahim yang semakin terjalin.














No comments:

Post a Comment