Followers

Monday, May 28, 2012

HOT :KISAH WWW 1

salam ukhwah salam 1 malaysia..

nampaknya bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat. 


sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji".

Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?

Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.

Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
Sekian.. 

so nasihat kepada c pengkritik2 ni sudah2 lah jgn tau bercakap tanpa bukti......bukan pahala yg dicari dosa pula yang berduyun2......

Saturday, May 12, 2012

Happy Mother's day....................

salam perpaduan salam satu malaysia.



 Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).


NI DIA JANTUNG HATI SYA....I LOVE MY MUM




Ketika Ibu melahirkanKu,
titikan darah dan peluh yang penuh kasih sayang telah Ibu berikan padaKu Ibu, Tidak Ibu takut walau NyawaMu jadi taruhan di hari kelahiranKu..ibu membesarkan Aku dengan Penuh Kasih Sayang memberiKu makan dengan hasil air tanganMu...
Ibu dari kecil hinggaKu besar kesabaranMu membesarkanKu sukarKU membalasnya Ku Tadahkan Tangan Ucap Syukur atas Kurniaan ALLAH Ta'ala..

Sempena Hari Ibu dibulan MEI Mari Kita sama2 Doakan Kesejahteraan Ibu-Ibu,bakal ibu,dah seluruh warga kaum ibu didunia ini tidak dilupakan kepada mereka yang telah meninggalkan kita Al-FATIHAH buat mereka......



MAMY I LOVE U

Monday, May 7, 2012

"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"


Salah satu Pesta yang masih kekal di Sabah setiap tahunan adalah perayaan Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai yang di adakan pada sepanjang bulan Mei. Ciri-ciri yang paling mudah dikenali mengenai sambutan ini secara umum adalah mengenai keriangan, kebudayaan, persembahan sukan tradisional, dan tentu saja, Unduk Ngadau (Ratu Pesta Menuai).Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. 

selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2012....untuk seluruh warga sabah dan mereka yang merayakannya terutamanya Rakan FB saya....."Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan" 




Friday, May 4, 2012

Kursus Manik Kayu PKK PM Pengenalan dan Peringkat 1


SALAM UKHWAH SALAM 1 MALAYSIA......

Bulan lepas pada 27- 29 /4/1012 berlangsungnya program KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN-PERINGKAT 1 PKK.PM bertemppat di SMK Desa Jaya Pasir Gudang JB,seramai dalam 60 lebih peserta telah hadir,antaranya cikgu2 sekolah,hanya kami 3 orang sahaja wakil UTHM,alhamdulillah program berjalan dengan lancar,pelbagai pengalaman dan kenangan yang sya dapat...terima kasih kepada semua urusetia kursus tidak dilupa juga tuan haji ibrahim penolong pesurujaya negeri johor (latihan) yang mana banyak membantu kami selama mengahadiri kursus tersebut.....kepada cikgu2 jgn lupa nanti kita jumpa lagi di 3A dan 3B.....

NI PIC KENANGAN2......



















Saturday, April 21, 2012

KEMATIAN BOB KUMAN TERSEBAR!!!SAYA MASI HIDUPLAH

SALAM UKHWAH SALAM 1 MALAYSIA...

Hari ini seluruh rakyat malaysia dikejutkan Pelakon dan pelawak, Husin Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan panggilan Bob Kuman KONONNYA   sudah meninggal dunia...  Bob Kuman 'mengucapkan tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini.......
Katanya, tindakan tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih.
"Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.

Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu.

Bob Kuman, 40, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminatnya yang sudi menyumbang bagi membantu meringankan beban yang dialaminya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran dramaJangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas..apa pun abang BOB Walau apa pun, kami doakan agar Brader Bob Kuman segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa untuk meneruskan kehidupan dimasa akan datang....



sumber:-SINAR HARIAN

Saturday, April 14, 2012

Korang Memang Terbaik....

salam ukhwah salam 1 malaysia....



Isu himpunan malaysia bangkit Pihak penganjur, SMM dan Malaysia Bangkit menyasarkan lebih 5000 orang akan hadir berdemo jam 2 petang ini di Dataran Merdeka untuk  menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.....pelbagai Riaksi rakan2 bloger,hampir setiap 1 jam update berkaitan isu ni hebat.....Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib" juga tidak ketingalan  Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.


Daripada perhatian SB daripada cerita2 rakan2 dalam bloger2 rasa-rasanya hanya segelintir ja kot,rasanya lebih ramai pemerhati daripada yang berdemo2 ni...hai mahasiswa itu kah yang anda kata 5000 orang tu......menurut sumber lagi katanya ada program perkelahan sampai himpunan bersih pula adui yai dataran merdeka bukan tempat nak berkelah2 lah kawan-kawan.....malas juga nak komen banyak2.....

rasa2 apa mereka dapat ar?ini kah bakal pemimpin yang rakyat malaysia mahu,wei mahasiswa tiada fikiran jangan lah korang terpengaruh pada anasir-anasir yang mana hanya mengambil kepentingan peribadi....kawan2 boleh merujuk terus ke sumber2 dari rakan2 bloger sya hanya klik ja link dibawa:



2) SARFAMS


Tuesday, April 10, 2012

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Daulat Tuanku


DAULAT TUANKU
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14

Hari ini, 11 April 2012 akan berlangsungnya
Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14,
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Istiadat pertabalan ini akan diadakan di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta.



Baginda yang  menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1949 telah menduduki tahta Kedah sejak 15 Julai 1958  dan ditabalkan pada Februari 1959 merupakan Sultan Kedah yang ke-28, menggantikan ayahanda baginda iaitu Sultan Badlishah yang memerintah dari tahun 1943 sehingga tahun 1958.
Tuanku Abdul Halim yang  menyambut Jubli Emas  iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah pada 15 Julai 2008,  kini berusia  84 tahun, diputerakan Istana Anak Bukit dekat Alor Star pada  28 November 1927.
Kali pertama Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah antara 21 September 1965 hingga 20 September 1970 iaitu ketika Sultan TerengganuTuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah menjadi Yang Di-Petuan Agong IV.
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011 ketika  iaitu semasa Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sungguh unik serta ironi juga apabila semasa Tuanku Abdul Halim menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada kali pertama pada 21 September 1970  hingga 20 September 1975, Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu dari 22 September 1970 sehingga 14 Januari 1976.
Kini apabila Tuanku Abdul Halim dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong XIV…untuk kali keduanya…memanda Perdana Menteri baginda adalah putera Almarhum Tun Razak iaitu Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang mula menduduki Seri Perdana pada 3 April 2009 menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.