Followers

Thursday, March 29, 2012

baby baby....

aksi2 c nakal c comel and sebagainya.....tiba2 pula rindu kat bby2 ni kan......tengok lah gelagak dorang ni...


ni biasa lah hero keluarga SOFIAN BASRIH nakal2 berakal

 ni anak mamber sampai comel mata ikut bapanya,tengok pic pun tau mcm mana gaya dadynya anak labuan wa ni

 ni lagi lah anak tawau..

 tengok c aboy ni siap bergambar ngan hadiah macik diananya 

 ni bby paling susah nak pujuk tp akkirnya kecundang juga dia ngan aku ha3x



ni tak paya ckp lah tengok pic pun tau kan


 ni anak cina(keluarga juga lah)



ni c penagis,





abang tak paya minta puji k.....

 ni c endut ku....




ni adik baru c abang....


ni c merah pipinya merah2.....tetap comel


 ni c endut ni tak payah ckp...tengok mamynya dah tau dah...


 ni bby kawan kita,jumpa dia time rumah terbuka(time nak angkat nak terus kat aku)


 dah lah c pun c endut.....


 ni aboi aku lah...



kecewa yaaaa endut kena gunting rambut....


 ni mesti kes2 kena marah bapanya endak baca doa...


 saat2 terakhir seblm balik jb bersama c endut ni



 ni bby ferra,dari bby smpai skrg nak jumpa2 tak juga jumpa2,jaga2 k ha3x

Kempen Earth Hour 2012



2012 sekali lagi pada tahun ini akan melaksanakan Earth Hour sebagai tanda sokongan dan perjuangan untuk menangani masalah pemanasan global di mana kesannya kini boleh dirasa dan dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti bumi atau bencana alam yang sedang dihadapi oleh beberapa negara di dunia...Tahun ini, seluruh dunia akan menyambut dan mengadakan Earth Hour pada  31 MAC 2012 jam 8.30 malam - 9.30 malam. Malaysia secara amnya akan melakukan Earth Hour begitu juga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kita mensasarkan lebih ramai akan melakukan Earth Hour di rumah,kolej2 kediaman dan seluar warga UTHM sendiri dan semakin ramai juga yang mengetahui dan memahami apa itu sebenarnya Earth Hour...

Pada 31hb March 2012, jam 8.30 malam, lebih sepuluh juta penduduk dipelusuk dunia telah
bersama-sama menyokong hari “Earth Hour” dengan menutup lampu selama satu jam. Ini adalah
salah satu cara bagi mereka menyatakan mengenai kebimbangan mereka terhadap hidupan
di planet ini serta melaungkan satu mesej kepada para pemimpin bahawa mereka menyokong
kepada aktiviti menyelamatkan iklim dunia. Terdapat beberapa idea yang boleh dijalankan oleh 
organisasi anda bagi menyokong hari “Earth Hour”.
 
Antaranya:
1.Mengadakan pertandingan dikalangan kakitangan anda mengenai idea terbaik dalam mengurangkan
penghasilan sampah serta menjimatkan penggunaan tenaga di dalam operasi pejabat seharian.

2. Mengajak rakan perniagaan anda, pembekal serta rakan industri agar bersama-sama menyokong
“Earth Hour”. Poster mahupun sepanduk boleh digantungkan di sekitar bangunan pejabat anda demi
menunjukkan sokongan anda terhadap kempen ini.

3. Menukarkan laman web anda kepada warna hitam sepanjang minggu “Earth Hour”
(dengan berlatabelakangkan warna hitam dan tulisan berwarna putih. (Sebagai contoh:
pihak Google telah melakukannya pada tahun 2008). Anda juga boleh menyertakan ulasan
mengenai kempen ini pada halaman web anda serta mengadakan pautan kepada halaman
web rasmi “Earth Hour”.

4.Mengadakan sebuah majlis keramaian bagi meraikan para pekerja anda pada hari “Earth Hour"
dengan mengadakan tema “Hijau” . Anda juga boleh menganjurkan parti “Earth Hour” kepada para
pekerja, pelanggan, dan vendor pada malam tersebut. Pastikan anda menutup lampu tepat
pukul 8.30 malam.

5. Mengadakan mesyuarat atau menghantar email daripada pihak pengerusi atau CEO kepada
para pekerja anda daripada pihak pengurusan atasan serta menerangkan kepada mereka mengapa
syarikat anda menyokong “Earth Hour” dan menyeru mereka agar “menutup lampu” ketika di luar
rumah. Kesemua anggota eksekutif, termasuklah CEO perlu berganding bahu dalam menjayakan
program ini.

6. Mengadakan sebuah “Earth Hour” seksyen pada intranet syarikat di mana para pekerja anda
boleh menghantar idea-idea menarik mengenai sambutan “Earth Hour” serta gambar-gambar dari
program sambutan tersebut.

7. Mengadakan pertandingan dikalangan pekerja dengan memberi anugerah kepada pekerja yang
berjaya menarik ramai orang untuk menandatangani petisyen yang menyatakan mereka menyokong
“Earth Hour” atau mereka yang berjaya menghasilkan ciptaan yang paling kreatif dalam
mempromosi “Earth Hour”.

8. Meminta pihak cafeteria agar menyediakan “candlelight lunch” pada hari “Earth Hour” serta
menyediakan pelbagai hidangan yang menggunakan bahan –bahan organik serta produk-produk
berkaitan agar dapat mengingatkan para pekerja mengenai kempen ini.

9. Mencipta iklan TV, radio mahupun suratkhabar yang istimewa demi menunjukkan sokongan
syarikat anda terhadap “Earth Hour” serta menyeru agar orang ramai turut serta.

10. Menghubungi pihak radio dan memberitahu mereka mengenai aktiviti yang dijalankan oleh
pihak syarikat anda dalam menyokong “Earth Hour”.

so apa lagi warga Malaysia and warga UTHM....mari lah kita bersama2 matikan lampu pada hari sabtu 31/03/2012 selama sejam tak lama sejam itu amat bermakna untuk menyelamatkan dunia ini,dari pukul 8.30 mlm-9.30 mlm sahaja.......UBAH DUNIA DALAM SEJAM.....


sebarang INFO blh lah terus ke “Earth Hour” , FB “Earth Hour”  twitter “Earth Hour”



Monday, March 26, 2012

2 YEAR ANNIVERSARY


alhamdulillah Hari nie .. genap la tahun ke 2 blog http://sofie157.blogspot.com/
Rasa macam baru ja kan. kini pelbagai coretan tantapan bersama dah diupdate,kini SB juga bergiat dalam page kat fb sofie basrih,mana2 bloger yang ada fb like lah pages tu,tujuannya tiada niat untuk berkongsi2 cerita dan update blog,sebarang coretan rakan2 bloger juga blh di masukkan disana...so sebarang penambah baikan akan di buat dari masa ke semasa,semoga korang terhibur
dengan apa yang ada,sya juga akan sentiasa buat yg terbaik untuk sya dan untuk tantapan semua ha3x...................

Sunday, March 18, 2012

AMAN KAMPUS UTHM

salam ukhwah salam 1 malaysia salam aman kampus..


Alhamdulillah syukur Program Aman Kampus telah pun melabuhkan tirainya smlm dengan berakhir dengan jayanya... Bermula dengan program komuniti "Mahasiswa&Masyarakat" pada 11/3/2012 dengan bertemakan 5 kampung 500 orang telah berpecah 5 buah kampung sekitar parit raja..Lebih 560 orang mahasiswa telah terlibat. Antara kelab-kelab pelajar yang turut sama dalam menjayakan Aman Kampus ini ialah Persatuan Pelajar Mekanikal, Persatuan Pelajar Awam, Kelab 1Malaysia, Kelab Sukarelawan dan Kelab Penyayang. kemudian "PC & Book Fair" menyusul pula "Aktif Siswa" dan diakhiri dengan "Bicara Ilmu bersama Imam Muda Hassan" sememangnya program ini dapat memberi banyak input-input berguna untuk dikongsikan. Anda sememangnya terbaik dikalangan yang terbaik..Teruskan bersama kami!!!Pelbagai rintangan dan halangan mendatang sewaktu ingin merealisasikan Aman Kampus UTHM ini tetapi alhamdulillah ianya tidak mematahkan semangat kami untuk menyampaikan dan berkongsi pengisian-pengisian yang positif dan membina buat seluruh warga kampus. Alhamdulillah syukur dengan berkat usaha gigih dan kerjasama yang erat dari semua pihak Aman Kampus UTHM telah pun dijayakan dengan sempurna. Tahniah sekali lagi dan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh ahli jawatankuasa yang banyak membantu menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada seluruh warga kampus yang terlibat serta memberikan sokongan! InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang! Aman! Kampus!








 Klik Link ni untuk saksikan beberapa pic semasa program AMAN KAMPUS UTHM....



PART 2 AMAN KAMPUS

NI ANTARA PIC KENANGAN BERSAMA 
PROGRAM MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT




























video video video