Followers

Monday, March 12, 2012

Al-Fatihah ,Buattmu adik Nurul Nadirah Abdullah




Kenapa Awakk Kejam Bunuh Saya ,Kenapa Awak Bakar Saya Hidup2 ,Apa Salah Saya Yang Kerdil Neh ?? Apa Dosa Saya ??Kenapa Pisahkan Saya Dengan Mama Dan Papa Saya :(........Hati siapa tak terdetik mendengar c tubuh kecil dibunuh dan dibakar sehingga rentung . Hanya manusia bertopengkan syaitan tergamak melakukan perkara sedemikian. Adik Nurul Nadhirah Abdullah yang hilang selepas keluar membeli mee segera dan telur secara bersendirian di kedai berhampiran setelah disuruh ibunya disahkan mati ekoran penemuan mayat rentung di ladang kelapa sawit berhampiran .Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang .Yang Hilang sejak 1 mac ♥

Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.


Apa sebenarnya yang sudah jadi dalam masyarakat kita?
-tepuk dada tanya selera.....

Masihkah kita tidak mengambil iktibar daripadanya?
Al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah Abdullah.....


No comments:

Post a Comment