Followers

Thursday, March 29, 2012

Kempen Earth Hour 2012



2012 sekali lagi pada tahun ini akan melaksanakan Earth Hour sebagai tanda sokongan dan perjuangan untuk menangani masalah pemanasan global di mana kesannya kini boleh dirasa dan dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti bumi atau bencana alam yang sedang dihadapi oleh beberapa negara di dunia...Tahun ini, seluruh dunia akan menyambut dan mengadakan Earth Hour pada  31 MAC 2012 jam 8.30 malam - 9.30 malam. Malaysia secara amnya akan melakukan Earth Hour begitu juga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kita mensasarkan lebih ramai akan melakukan Earth Hour di rumah,kolej2 kediaman dan seluar warga UTHM sendiri dan semakin ramai juga yang mengetahui dan memahami apa itu sebenarnya Earth Hour...

Pada 31hb March 2012, jam 8.30 malam, lebih sepuluh juta penduduk dipelusuk dunia telah
bersama-sama menyokong hari “Earth Hour” dengan menutup lampu selama satu jam. Ini adalah
salah satu cara bagi mereka menyatakan mengenai kebimbangan mereka terhadap hidupan
di planet ini serta melaungkan satu mesej kepada para pemimpin bahawa mereka menyokong
kepada aktiviti menyelamatkan iklim dunia. Terdapat beberapa idea yang boleh dijalankan oleh 
organisasi anda bagi menyokong hari “Earth Hour”.
 
Antaranya:
1.Mengadakan pertandingan dikalangan kakitangan anda mengenai idea terbaik dalam mengurangkan
penghasilan sampah serta menjimatkan penggunaan tenaga di dalam operasi pejabat seharian.

2. Mengajak rakan perniagaan anda, pembekal serta rakan industri agar bersama-sama menyokong
“Earth Hour”. Poster mahupun sepanduk boleh digantungkan di sekitar bangunan pejabat anda demi
menunjukkan sokongan anda terhadap kempen ini.

3. Menukarkan laman web anda kepada warna hitam sepanjang minggu “Earth Hour”
(dengan berlatabelakangkan warna hitam dan tulisan berwarna putih. (Sebagai contoh:
pihak Google telah melakukannya pada tahun 2008). Anda juga boleh menyertakan ulasan
mengenai kempen ini pada halaman web anda serta mengadakan pautan kepada halaman
web rasmi “Earth Hour”.

4.Mengadakan sebuah majlis keramaian bagi meraikan para pekerja anda pada hari “Earth Hour"
dengan mengadakan tema “Hijau” . Anda juga boleh menganjurkan parti “Earth Hour” kepada para
pekerja, pelanggan, dan vendor pada malam tersebut. Pastikan anda menutup lampu tepat
pukul 8.30 malam.

5. Mengadakan mesyuarat atau menghantar email daripada pihak pengerusi atau CEO kepada
para pekerja anda daripada pihak pengurusan atasan serta menerangkan kepada mereka mengapa
syarikat anda menyokong “Earth Hour” dan menyeru mereka agar “menutup lampu” ketika di luar
rumah. Kesemua anggota eksekutif, termasuklah CEO perlu berganding bahu dalam menjayakan
program ini.

6. Mengadakan sebuah “Earth Hour” seksyen pada intranet syarikat di mana para pekerja anda
boleh menghantar idea-idea menarik mengenai sambutan “Earth Hour” serta gambar-gambar dari
program sambutan tersebut.

7. Mengadakan pertandingan dikalangan pekerja dengan memberi anugerah kepada pekerja yang
berjaya menarik ramai orang untuk menandatangani petisyen yang menyatakan mereka menyokong
“Earth Hour” atau mereka yang berjaya menghasilkan ciptaan yang paling kreatif dalam
mempromosi “Earth Hour”.

8. Meminta pihak cafeteria agar menyediakan “candlelight lunch” pada hari “Earth Hour” serta
menyediakan pelbagai hidangan yang menggunakan bahan –bahan organik serta produk-produk
berkaitan agar dapat mengingatkan para pekerja mengenai kempen ini.

9. Mencipta iklan TV, radio mahupun suratkhabar yang istimewa demi menunjukkan sokongan
syarikat anda terhadap “Earth Hour” serta menyeru agar orang ramai turut serta.

10. Menghubungi pihak radio dan memberitahu mereka mengenai aktiviti yang dijalankan oleh
pihak syarikat anda dalam menyokong “Earth Hour”.

so apa lagi warga Malaysia and warga UTHM....mari lah kita bersama2 matikan lampu pada hari sabtu 31/03/2012 selama sejam tak lama sejam itu amat bermakna untuk menyelamatkan dunia ini,dari pukul 8.30 mlm-9.30 mlm sahaja.......UBAH DUNIA DALAM SEJAM.....


sebarang INFO blh lah terus ke “Earth Hour” , FB “Earth Hour”  twitter “Earth Hour”



No comments:

Post a Comment