Followers

Tuesday, January 24, 2012

Fakta lelaki & Perempuan...


Salam semua… mari kita akan menyingkap beberapa fakta menarik berkaitan dengan lelaki dan perempuan… antara faktanya ada lah:-

lelaki:-
    1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
    2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
    3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
    4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
    5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
    6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
    7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
    8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
    9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
    10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
    11. Lelaki juga akan menangis.
    12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
    13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
    14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
    15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
    16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
    17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
    18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
    19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
    20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
    21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
    22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
    23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
    24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
    25. Lelaki lebih banyak berfikir.
    26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
    27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
    28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
    29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
    30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
    31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
    32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
    33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
    34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
    35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
    36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
    37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Perempuan:-
  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
  4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
  8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
  13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
  15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  18. Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
  22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
  25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
  26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
  27. Senjata wanita adalah airmata!!
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

so mcm mana btl tak?klu tak btl jgn lah marah2 ni hanya berkongsi cerita ja k...

Luahan Hati C kecil......

Cerita dibawah ini adalah cerita luahan hati seorang adiq yang dipetik dari sumber di percayai. Harap dibaca dengan teliti...amat menyayatkan hati?

kadang-kadang kita sanggup buat apa-apa untuk orang yang kita sayang dan cinta untuk membuktikan yang kita memang sayang dan cinta kat pasangan kita sangat jarang kita lihat lelaki mahu meluahkan perasaan mereka, ada diantara mereka lebih suka menyimpan perasaan tersebut macam sya.......

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Dulu:-
u....
Tiap-tiap hari kita sms u, call u. Tapi sekarang u rasa sedikit rimas, mungkin u sibuk dengan kehidupan.. Kita sms u bukan nak ganggu u selalu cuma kita nak u tau kita selalu ingat u..Kita selalu tanya mana awak pergi, kita selalu minta awak sms kita kalau pergi situ pergi sini, sms kita kalau dah sampai situ sampai sini. Bukan kita nak awasi gerakan u, tapi kita terlebih bimbang... Kalau u rimas, takpelah.. Kita tau u pandai jaga diri..Kita suka tengok u pakai elok-elok.. Kita selalu tegur u pakai macam tu pakai macam ni.. Kita suka tengok u ayu je.. Kita bukan paksa awak pakai tudung labuh pun huhuhuhu........Kita tak larang awak nak keluar lepak ngan kawan-kawan u, tapi jangan la keluar melepak sampai 5,6 pagi.. Jangan la keluar pakai ala kadar je.. Kita suka kawan-kawan u tengok u pakai molek-molek.. Kita suka kalau kawan-kawan u cakap u dapat boyfriend yang jaga u elok-elok.. Kita tau u pandai jaga diri..Kita belikan u itu, kita belikan u ini, bukan kerana nak bodek sapa tp, memang kita nak bagi.. Kita suka bagi hadiah kat u... u jangan la bimbang, kita tak pernah pun putus makan sebab belikan u itu ini.. Jangan la rasa bersalah, kita tak pernah minta balasan dari semua tu..satu benda yg paling penting Maybe u kurang percaya kepada janji.. Tapi u kena percaya kepada kita, janji tu bukan main-main bagi kita.. Kita akan tunaikan janji yang kita taburkan selama ni.. Cuma lambat atau sekejap...

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. kita telah berjanji dengan diri kita sendiri,dialah yang akan menjadi teman hidup kita nanti. Sesungguhnya pencarian kita untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin kita melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, saya akan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

ini lah kisah yg amat menyentuh hati saya untuk membacanya Nasihat sya untuk adiq tersebut "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."




Sunday, January 22, 2012

GONG Xi FA CAI 2012



Tahun Naga pada 23 Januari 2012 berdasarkan Chinese Lunar New Year atau sering disebut Tahun Baru Cina....Didalam penanggalan Cina, terdapat dua belas macam binatang yang melambangkan tahun. Setiap binatang dipengaruhi oleh lima macam elemen iaitu air, api, tanah, kayu dan emas. Perhitungan duabelas tahun dimulai dengan Tahun Tikus dan ditutup dengan Tahun Babi. Jika perhitungan digabungkan dengan kelima elemen maka setiap akan dipenuhi dalam enampuluh tahun.

Tahun Naga 2012 ini dipengaruhi oleh elemen Air ( 水 ), sehingga disebut Tahun Naga Air. maka seseorang yang lahir pada tahun Naga Air akan bertemu dengan tahun Naga Air lagi ketika berusia enampuluh tahun.Naga adalah binatang yang paling unik didalam kalender Cina, karena merupakan satu-satunya binatang mitologi. Naga melambangkan kesuksesan, kekuatan dan kemakmuran.

Dalam mitologi Cina, Naga digambarkan secara visual sebagai gabungan dari sembilan macam makhluk: tanduk rusa, kepala unta, mata setan, leher ular, perut dari kerang besar, sisik ikan mas, cakar helang, kaki harimau, dan telinga lembu.Sang Naga dikatakan menguasai lautan di empat penjuru angin, serta menyebabkan hujan dan petir. Pada jaman dahulu, masyarakat China bergantung penuh pada sektor agraria, maka wajar jika Sang Naga pembuat hujan melambangkan kemakmuran.

aga atau “Lung” ( 龍 ) dalam bahasa Mandarin bersifat maskulin, sedangkan Naga yang feminim dilambangkan dengan Burung Phoenix atau “Fung” ( 鳳 ). Penyatuan “Lung” dan “Fung” melambangkan “Harmoni” (Yin Yang - 陰陽 ).

Semua yang diciptakan yang Kuasa baik adanya, termasuk dalam usaha dan peluang bisnes disetiap tahunnya. Bagaimana kita menyingkap peluang setiap usaha untuk mencapai target dan kesempatan. Dalam Tahun Naga juga disebut-sebut banyak menjanjikan kegembiraan, namun bukan berarti akan luput dari peristiwa-peristiwa tidak terduga. Naga diketahui sebagai salah satu shio terkuat dan paling beruntung dalam zodiak atau astrologi Cina.Tahun yang penuh resiko. Sekaligus tahun yang akan mencatatkan perubahan-perubahan penting dan besar, baik di bandar nasional maupun internasional. Kekerasan memang tetap akan terulang sepanjang tahun ini. . . Sekarang saatnya meminta pinjaman pada Bank Anda, bahkan pemborosan dan rencana-rencana mewah pun selaras sudah sewajarnya mendapat tempat di tahun ini. Naga akan merangsang kita untuk berpikir dan bertindak keras.

Bidang Kesenian Bidang kesenian sangat menonjol di tahun Naga. Inilah tahun yang memberi harapan baik bagi pasangan yang akan menikah, mempunyai anak atau membuka perusahaan baru. Pasalnya Naga yang kuat dan suka menolong akan membawa keberuntungan dan kebahagiaan.

Bidang bisnes. Anda harus pintar untuk mencari peluang dan berpikir matang sebelum memutuskan membuka usaha baru. Hindari spekulasi bisnes yang berisiko tinggi. Jangan mudah putus asa. Sambil melihat peluang di sekitar anda, proses kreatif, inovatif harus terus dilakukan. Dengan kesabaran tinggi dan semangat pantang menyerah, usaha anda nescaya tetap berjalan mantap.

Bidang ekonomi Pada tahun 2012 ini, Meskipun mulai ada peningkatan namun tak terlalu signifikan. Karena itu, diperlukan pengawasan lebih ketat, peningkatan produktifitas yang diimbangi dengan efisiensi tinggi..Bidang politik. Meski terlihat tenang di permukaan sebenarnya terdapat pergulatan. Perlu diwaspadah munculnya orang-orang yang sengaja menghembuskan isu-isu sara dan memprovokasi masa yang bertujuan untuk menciptakan instabilitas dan mengail di air keruh. Dalam menyikapinya diperlukan peningkatan kewaspadaan, penggunaan akal sihat dan mengedepankan hati nurani.

Bidang hukum. Memang masih cukup memprihatinkan. Upaya damai lewat jalur belakang tetap sepanjang tahun ini. Hal ini tak terlepas dari pengaruh abstrak Naga Air yang acuh dan mementingkan diri sendiri. Jadi kontrol yang ketat dari masyarakat tetap diperlukan agar mafia peradilan dapat diungkap dan penegakan hukum berlangsung secara optimal. Untuk itu pembenahan terhadap aparat hukum harus terus dilakukan, agar hukum sebagai tonggak utama keadilan tetap berdiri tegak dan rasa keadilan masyarakat bisa dipenuhi.

Dalam hal Perkawinan dan Asmara. Menunjukkan kestabilan. Kasus-kasus perselingkuhan atau perceraian cenderung mengalami penurunan. Hal ini terkait adanya komitmen sang Naga atas kesetiaan dengan pasangannya. Jadi perlu adanya penyegaran agar hubungan asmara atau perkawinan tetap hangat dan menyenangkan. Dan sekarang bagaimana kita menyingkapi ramalan ini, hanya rancangan Tuhan yang memberikan suatu rancangan dan ketetapanNYA. Dengan kerja keras dan usaha yang ulet semua itu bias disingkapi dan diatasi. (Berbagai sumber terkait, data diolah F. Hero K. Purba)

Thursday, January 12, 2012

OH SENYUM............


Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.Ukirlah senyuman yang paling manis.....kerana selain sedekah.... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit,Pentingnya senyum faktor utama ke arah sesuatu yang positif. Anda sedang marah kepada seseorang, dan bila dia senyum dan memohon maaf anda rasa marah lagi tak? walaupun anda sedang bersedih atau marah, cuba senyum untuk hilang kan marah dan sedih. tapi ingat! jangan senyum lebih-lebih, lain pula jadi nya nanti.ada pula orang kata anda gila atau sewel.

Rahsia di sebalik senyuman:-

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

so mcm mana dah jumpa rasiah disebalik senyuman korang?harap2 ada lah,
Saya pun kalau boleh nak senyum kepada semua orang dan sya sentiasa senyum cuma kadang2 Penerima senyuman harus berfikiran terbuka. Penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman! Jangan pula dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau nak mengurat..hehe.Bila orang tersenyum kepada kita, ucapkan "TERIMA KASIH" atau "ALHAMDULILLAH". Bila kita ucap sedemikian, pemberi senyuman dapat gandaan pahala..........so mcm mana harap2 semua terhibur

Monday, January 9, 2012

BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA



Tarikh : 9 Januari 2012 (Isnin)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Ruang Legar Perpustakaan UTHM

Perasmi : YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM

pengetahuan saya pusat pengajian tinggi telah mula mengagihkan Baucar Buku RM200 untuk para pelajar yang layak mendapatkannya. Dengan baucar sebanyak RM200 itu banyak benda boleh beli berkaitan dengan pembelajaran.Tujuan baucar ini untuk membantu para pelajar membeli buku-buku pelajaran dan kelengkapan pelajaran termasuk juga alatan tulis juga dirangka bagi meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian selain untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi Y.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mula mengagihkan baucar buku 1Malaysia berjumlah RM200 seorang kepada kira-kira 12,988 orang mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran secara sepenuh atau separa masa. saya juga salah seorang yang layak mendapat baucar buku 1Malaysia tau.....ANDA BAGAIMANA PULA????......syukur dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan memberikan kami insentif bagi meringankan beban perbelanjaan kami sepanjang pengajian, Pemberian baucar ini amat bermakna kepada kami.......

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menjelaskan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.
Kaedahnya adalah seperti berikut:

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D; matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, nombor kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.







Friday, January 6, 2012

Sory Ubat Penyejuk Hati.


salam 1 malaysia salam ukhwah....

topik hari ini ha3x.........

Maaf. Satu ungkapan yang kita akan gunakan bila kita sudah buat salah. Mengucapkan kata maaf memang mudah, namun adakah sudah keikhlasnya kita meminta maaf dengan insan tersabut? Hanya diri sendiri yang tahu kan. Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

"Mendahulukan ucapan maaf itu bukanlah bermakna diri bersalah semata-mata, namun ia menggambarkan betapa tingginya keluhuran budi dan pekerti seseorang itu. Kerapkanlah melahirkan maaf dari bibir, agar ringan perhitungan sesama insan di akhirat kelak"

Tekejut Akak.



HAPPY BFDAY AKAK
nampaknya program tak dirancang menjadi ga...
tak sia2 berkorban semuanya hahahaha
ingatkan nak tenang2kan fikiran rupanya2 ada pula org bfday hahahaha
akak sory kita memang nak jd org terakhir wish akak
apa pun harap akak suka and happy selalu k
ni lah hasil kejutan yang kami bertiga lakukan,siap lagu2 lg tau
sya, Nani Shuhaimy,Apieh Idris Oisac

APHID JOHAR
ni lah mangsa kami,nama dia aphid Johar,ni jua lah akak kami hahahaha susah senang semua ngan dia tau,dah kami panggil akak so faham2 sendiri lah hahahahah
budak palapes UTHM,umur dirasiahkan,nak kenal2 talian hayat dah habis bab dia dah berpunya,no telpon pun tak blh ga,org dia suka katak pelik kan yai katak.org dia garang2 ada taman juga tau hahahaha,hari ni dapat bear besar dari abng wannya hahahaha and patung katak dari nani malam ni dia happy besar punya hahahahaha
naaaaaaa ambil add lah apa yang patut,akak jgn marah bfday girl tak blh marah2 k hahahaha
  • aphid johar(Google Talk)
  • aphid johar(Yahoo! Messenger)
  • aphid johar(Twitter)
  • aphid.johar(Skype)

ni antara PIC bfdaynya....walaupun tak banyak harap terhibur k hahahaahaha



ni pula nama dia nani,ar jgn tengok sebelah mata alah malas nak cerita panjang2 nanti tengok fb dia tau lah pasal dia alah klik ja nama nani kat atas tu jumpa lah fb dia hahahaha apa nak bagi tau dia tengok pic dia makan mangkuk punya lah besar tp,....emmmmm kesian


ni pula apieh jejaka malaya tp bukan untuk popuan2 tau,tp untuk yg pic yg kat atas kot lah hahahaha,ni pula pun jd mangsa buli ga...dah org tu makan tak habis dia lah mangsanya untuk habiskan makanan hahahahaha tp jgn tengok badan kecil kuat makan tau hahahahaha


APA-APA PUN HAPPY BFDAY AKAK SEMOGA PANJANG UMUR AND MURAH REZEKI

Wednesday, January 4, 2012

Gaji PM Singapura RM5.31 juta..........

salam 1 malaysia...

TAHUKAH ANDA.....




sambil 2 duk2 tengok berita mlm td tekejut dengan cerita berkaitan GAJI PM SINGAPURA Lee Hsien Loong berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun, Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.bayangkan Walaupun pemotongan tersebut dibuat, PM Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia.....OMG macam tak pecaya pula......bayangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima gaji AS$400,000 (RM1.25 juta) setahun,Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda sebanyak AS$513,000 (RM1.6 juta) dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memperoleh gaji AS$379,000 (RM1.19 juta) manakala Gaji Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy ialah AS$302,000 (RM949,185), dan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memperoleh gaji AS$222,000 (RM697,745).......

bagai mana pula dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak Pasti anda tertanya-tanya berapalah agaknya gaji Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak? Nah, sebagai pengetahuan umum anda berikut adalah maklumat yang menugkin anda cari selama ini. Mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004, individu yang berjawatan Perdana Menteri di negara ini layak dibayar gaji bulanan sebanyak RM22,826.65. ini bermakna Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak memperolehi gaji bulanan sebanyak RM22,826.65. Benarkah? Bagi Timbalan Perdana Menteri pula iaitu Datuk Seri Muhyiddin Yassin RM18,168.15 sebulan tinggi bukan tp dibandingkan dengan negara lain....emmmmmm NO KOMEN

dan yang ni pula senarai TOP 10 Dunia 2011:-

1. Lee Hsien Loong (Singapore): $2,183,516
2. Donald Tsang (Hong Kong): $513,245
3. Raila Odinga (Kenya): $427,886
4. Barack Obama (United States): $400,000
5. Nicolas Sarkozy (France): $302,435
6. Stephen Harper (Canada): $296,400
7. Mary McAleese (Ireland): $287,900
8. Julia Gillard (Australia): $286,752
9. Angela Merkel (Germany): $283,608
10. Yoshihiko Noda (Japan): $273,676