Followers

Monday, May 28, 2012

HOT :KISAH WWW 1

salam ukhwah salam 1 malaysia..

nampaknya bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat. 


sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji".

Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?

Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.

Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
Sekian.. 

so nasihat kepada c pengkritik2 ni sudah2 lah jgn tau bercakap tanpa bukti......bukan pahala yg dicari dosa pula yang berduyun2......

Saturday, May 12, 2012

Happy Mother's day....................

salam perpaduan salam satu malaysia.



 Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).


NI DIA JANTUNG HATI SYA....I LOVE MY MUM




Ketika Ibu melahirkanKu,
titikan darah dan peluh yang penuh kasih sayang telah Ibu berikan padaKu Ibu, Tidak Ibu takut walau NyawaMu jadi taruhan di hari kelahiranKu..ibu membesarkan Aku dengan Penuh Kasih Sayang memberiKu makan dengan hasil air tanganMu...
Ibu dari kecil hinggaKu besar kesabaranMu membesarkanKu sukarKU membalasnya Ku Tadahkan Tangan Ucap Syukur atas Kurniaan ALLAH Ta'ala..

Sempena Hari Ibu dibulan MEI Mari Kita sama2 Doakan Kesejahteraan Ibu-Ibu,bakal ibu,dah seluruh warga kaum ibu didunia ini tidak dilupakan kepada mereka yang telah meninggalkan kita Al-FATIHAH buat mereka......



MAMY I LOVE U

Monday, May 7, 2012

"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"


Salah satu Pesta yang masih kekal di Sabah setiap tahunan adalah perayaan Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai yang di adakan pada sepanjang bulan Mei. Ciri-ciri yang paling mudah dikenali mengenai sambutan ini secara umum adalah mengenai keriangan, kebudayaan, persembahan sukan tradisional, dan tentu saja, Unduk Ngadau (Ratu Pesta Menuai).Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. 

selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2012....untuk seluruh warga sabah dan mereka yang merayakannya terutamanya Rakan FB saya....."Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan" 




Friday, May 4, 2012

Kursus Manik Kayu PKK PM Pengenalan dan Peringkat 1


SALAM UKHWAH SALAM 1 MALAYSIA......

Bulan lepas pada 27- 29 /4/1012 berlangsungnya program KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN-PERINGKAT 1 PKK.PM bertemppat di SMK Desa Jaya Pasir Gudang JB,seramai dalam 60 lebih peserta telah hadir,antaranya cikgu2 sekolah,hanya kami 3 orang sahaja wakil UTHM,alhamdulillah program berjalan dengan lancar,pelbagai pengalaman dan kenangan yang sya dapat...terima kasih kepada semua urusetia kursus tidak dilupa juga tuan haji ibrahim penolong pesurujaya negeri johor (latihan) yang mana banyak membantu kami selama mengahadiri kursus tersebut.....kepada cikgu2 jgn lupa nanti kita jumpa lagi di 3A dan 3B.....

NI PIC KENANGAN2......