Followers

Sunday, August 5, 2012

Peristiwa Nuzul Al-Quran.....

salam 1 Malaysia,salam Ukhwah....






17 Ramadhan yang mana ia merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT seperti yang disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. Jangan kita bahawa tibanya hari nuzul Al-Quran bermakna kita akan mendapat cuti.  Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat. Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.

Diantara pengajaran-pengajaran Nuzul Quran ialah :
(1) Allah swt memilih para rasulnya dikalangan mereka yang memiliki peribadi yang mulia. Jika kita hendak mewarisi peranan para Anbiyak ini, maka kita juga seharusnya memiliki akhlak yang luhur, keikhlasan yang tinggi dan ketabahan yang tidak berbelah bagi.
(2) Walaupun belum dipilih menjadi Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad saw telah dapat menilai keburukan tingkahlaku kaum Quraisy yang telah menjadi adat kebiasaan turun temurun seperti minum arak, zina, membunuh anak, riba, menipu dalam timbangan, menindas orang lain, membezakan manusia berdasarkan warna kulit dan sebagainya. Kesemua ini menyebabkan Baginda saw mengasingkan dirinya di Gua Hirak. Oleh itu diantara pra-syarat utama bagi seorang daie (pendakwah) ialah kebencian hatinya terhadap keruntuhan yang sedang berlaku didalam masyarakatnya, walaupun ianya telah nampak biasa dan menebal serta menjadi lumrah dalam masyarakat. Jahiliyah hari ini tidak kurang parahnya seperti arak, zina, buang anak, rasuah, kezaliman ke atas orang lain dan sebagainya. Persoalannya, adakah kesemua ini menyebabkan seseorang itu insaf keadaan tersebut, luluh hatinya mengenangkan nasib umatnya dan bertekad bersungguh-sungguh untuk merubah keadaan tersebut ? Atau saban hari dia membaca akhbar dan mendengar berita yang menyedih dan menjijikkan, namun kesemua itu tidak mengesani jiwanya dan menggerakkan anggotanya untuk berdakwah?
3) Membaca atau “Iqrak” mempunyai peranan yang sangat penting kepada masyarakat Islam dan diantara sebab utama dalam merubah nasib mereka. Hampir ianya menjadi salah satu ciri umat di Barat yang memimpin dunia hari ini. Adapun di Dunia Islam, minat kepada membaca masih belum melata dan menebal.
(4) Betapa hebat dan kuatnya jiwa Rasulullah saw dalam bukan sahaja menerima ayat-ayat Al-Quran tetapi juga menerima bebanan Dakwah yang terkandung didalam ayat-ayat tersebut. Baginda saw hanya menggigil ketakutan tetapi tidak binasa jiwanya. Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt. “Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran).
5) Tidak lengkap mengingati malam Nuzul Quran jika tidak menyebut nama Khadijah ra, isteri tersayang Rasulullah saw. Ketika Rasulullah saw mengigil ketakutan, Khadijah ra tenang lagi menenangkan suaminya !! “Aku takut akan diriku (akan ditimpa musibah dek jembalang tersebut)”, sabda Rasulullah saw, ketika menceritakan pertemuannya dengan makhluk yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. “Kalla !!! Ma yukhzikallahu abada !!!” (Sekali-kali tidak !!! Allah tidak akan membuat sesuatu yang buruk kepada kamu !!! Sesungguhnya engkau menghubungkan Silaturrahim, menyumbang kepada orang yang tidak mempunyai harta, memikul bebanan (orang yang memerlukan bantuan) … “, tegas Khadijah ra dengan penuh kasih sayang yang yakin akan latarbelakang suaminya yang bersih, tidak mungkin sebersih itu Allah swt akan mendatangkan suatu yang buruk kepada insan yang sebegitu dikenalinya.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Pengajian Tinggi

salam 1 Malaysia,salam Ukhwah....


Baru-baru ini berlangsungnya satu Majlis Ihya' Ramadhan Bersama YB Menteri Pengajian Tinggi pada petang 2/8/2012  bertempat di Dewan Bankuet UPM serdang Selangor....Kelab Sahabat Satu M'sia UTHM  dan rombongan seramai 20 mahasiswa/i UTHM dan seorang Pegawai dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah hadir ke Majlis tersebut,beberapa gambar kenangan turut diambil dimajlis tersebut.Apa pun  gambar kenangan bersama YB Dato Seri Mohamed khaled Nordin,Menteri kementerian Pengajian Tinggi YBhg & Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor,Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi di Majlis Ihya' Ramadhan Bersama YB Menteri Pengajian Tinggi......



































Thursday, July 26, 2012

Berbuka Posa Bersama Mereka...Terima Kasih Mereka2.

salam 1 Malaysia,salam Ukhwah....

Bulan Ramadan adalah bulan terbaik untuk beramal. Ganjarannya berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa. Bulan ini juga adalah bulan terbaik untuk menjalinkan persahabatan dengan sesama muslin,apa yang admin ingin kongsikan Majlis Berbuka Puasa santai bersama geng KLKM UTHM, bertempat di Serambi Rasa (Parit Raja), Batu Pahat.........SB tak nak komen banyak2 lah sama2 kita tengok pic kat bawa....maaf pic tak berapa jelas atas sebab guna HP je ha3x...apa pun semoga kalian terhibur....
















Thursday, July 19, 2012

Kian Hampir Di Bulan Ramadhan

salam 1 Malaysia,salam Ukhwah....




Alhamdulillah, insyaallah kita semua akan diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak. Syukur dipanjatkan kehadrat ilahi atas limpah inayahNya ini. SB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua warga kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) khususnya dan seluruh muslimin muslimat di Malaysia amnya, tidak kira dimana pun mereka berada di atas muka bumi Allah S.W.T. ini. Insyaallah kita beroleh rahmat daripadanya. 

Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. 

Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Thursday, July 12, 2012

Keputusan permohonan ke IPTA sesi akademik 2012/2013

salam ukhwah salam 1 malaysia....





Hai korang apa macam besok Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan...keputusan boleh disemak melalui dua kaedah, kaedah yang pertama ialah melalui laman web rasmi iaitu http://upu.mohe.gov.my/,dan cara kedua ialah melalui pesanan ringkas @ SMS, dengan menaip UPU RESULT dan hantar kan kepada 15888. ok senangkan, but semakan hanya akan bermula pada pukul 12 tengah hari pada 13 Julai 2012. so jangan 
risau anda ada lebih kurang 24 HOURS untuk bertenang kan diri ha3x......


SUMBER:New Sabah Times.



Saturday, July 7, 2012

Mahasiswa/i :Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)

Salam Ukhwah Salam 1 Malaysia...



Nampaknya Kerajaan terus komited membantu pelajar dengan mewujudkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup golongan pelajar IPTA dan IPTS.Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)dilancarkan bagi meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.


Pihak kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu lagi berita baik kepada golongan pelajar dengan melancarkan Kad Diskaun Pelajar 1 Malaysia (KDPS1M) dengan objektif untuk meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.semua siswa dan siswi warganegara Malaysia akan diberikan kad diskaun siswa 1Malaysia secara percuma mengikut IPT dan IPTA masing-masing bermula september 2012.


Mahasiswa yang menerima KDS1M bakal menikmati diskaun sehingga 60%. Jika dibandingkan dengan Baucer 1Malaysia,Antara syarikat yang akan menerima Kad diskaun siswa 1 Malaysia ialah :

Buku & Alatan Tulis
  1.  MPH Bookstores
  2.  Imlaq Book Centre
  3.  BORDERS
  4.  RONA
  5.  Kiang Trading
  6.  Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  7.  Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  8.  Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
  1. Bata
  2. iFamily
  3. Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad 
  4. Texline Lino
Klinik / Optometri / Cermin Mata
  1. Poliklinik An-Nisa'
  2. Qualitas Health
  3. Focus Point
  4. Menara Optometry
Makanan Dan Minuman
  1. KFC
  2. Daily Fresh
  3. A&W
  4. Coffee Berry
  5. The Chicken Rice Shop
  6. Restoran Kenny Crab
  7. Sweet Chat
  8. Legend's Claypot Bariyani House
  9. Dubu Dubu Seoul Food
  10. My Java Coffee
  11. Pancake House International
  12. Station One Cafe
  13. Gloria Jean's Coffee
  14. Bangi Kopitiam
Hotel dan Penginapan
  1. Ancasa Hotels & Resorts
  2. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  3. Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  4. Jerejak Rainforest Resort Penang
  5. Ancasa Express Pudu
  6. Tune Hotel
  7. Leo Express Hotel
  8. Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  9. Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  10. Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  11. Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  12. Rakyat Travel SDN BHD
Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
  1. Foot Master
  2. Paris Hill
  3. Proactiv
  4. Clara
  5. Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
Produk IT
  1. Koperasi Celcom Berhad
  2. Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Lain-Lain
  1. BKZ Bikerz (Motosikal)
  2. Roller Star Arena (Kasut Roda)
  3. Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  4. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  5. Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  6. MYDIN

sebarang info blh lah terus melayari 1pengguna

Wednesday, July 4, 2012

Indahnya Nisfu Syaaban.

Salam Ukhwah Salam 1 Malaysia...

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;


DALIL
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."

PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

ANTARA KELEBUHAN NISFU SYAABAN 

Persoalan mengenai adakah malam nisfu Syaaban mempunyai kelebihan tertentu dan adakah terdapat larangan untuk menghidupkan malam tersebut merupakan perkara khilaf di kalangan para ulama’. Namun begitu khilaf yang berlaku bukanlah untuk menimbulkan kepada perpecahan umat Islam.
1-   Terdapat hadis Nabi SAW yang menerangkan berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban, antaranya ialah hadis yang Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Apabila tiba malam nisfu Syaaban maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siangnya, maka sesungguhnya (hari tersebut) Allah SWT turun (membuka seluas-luas pintu rahmat) ke langit dunia apabila tenggelam matahari (malam nisfu Syaaban) sehingga terbit fajar (keesokkan) seraya berkata : Ketahuilah sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan memberikan keampunan baginya, sesiapa yang memohon rezeki kepada-Ku nescaya Aku akan memberikannya rezeki dan sesiapa yang memohon kesihatan (kesembuhan) kepada-Ku akan aku berikannya kesembuhan

Walau hadis di atas merupakan dalam kategori hadis yang lemah namun terdapat banyak hadis yang lain yang menguatkannya berkenaan dengan kelebihan malam nisfu Syaaban. Hal ini sebagaimana yang diceritakan oleh Syeikh Al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfatul Ahwazi (jilid ke-3, m/s 442, cetakan Dar Al-Fikr), dan beliau berkata bahawa kesemua hadis-hadis tersebut (berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban) merupakan hujah bagi menjawab dakwaan pihak yang menafikan kelebihan malam nisfu Syaaban.

2-   Pensyariatan menghidupkan (hukumnya harus) malam nisfu Syaaban adalah berdasarkan kepada amalan para salafus soleh bahkan ia merupakan pendapat majoriti ulama’ dan ia dilakukan di Negara-negara Islam. Antaranya ialah pendapat Imam As-Syafie yang dinyatakan dalam kitab Al-Um (jilid pertama, m/s 264, cetakan Dar Al-Fikr) iaitu : terdapat 5 malam yang dimakbulkan doa iaitu malam Jumaat, malam Eidul Adha, malam Eidul Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.

3-   Berkata Imam Al-Fakihi (wafat pada tahun 272 H) di dalam kitabnya yang berjudul “ Akhbar Makkah Fi Qadimi Ad-Dahr Wa Hadisihi” (jilid ke-3, m/s 84, cetakan Dar Al-Hadhr) : antara amalan dan ijtihad penduduk Mekah pada malam nisfu Syaaban disebabkan kelebihan yang terdapat pada malam tersebut ialah mereka samada lelaki dan wanita akan keluar menuju ke masjid, mereka akan solat, melakukan tawaf dan menghidupkan malam tersebut dengan membaca Al-Quran sehingga khatam di dalam Masjid Al-Haram sehinggalah waktu Subuh dan mereka juga melakukan ibadah solat.

4-   Berkata Syeikh Zainuddin bin Nujaim Al-Hanafi (ulama’ besar Hanafi) dalam kitab yang berjudul “Al-Bahr Ar-Raiq” (jilid ke-2, m/s 56 cetakan Dar Al-Makrifat) : antara perbuatan sunat ialah dengan menghidupkan 10 malam bulan Ramadhan, dua malam Raya, malam kesepuluh Zul-Hijjah dan malam nisfu Syaaban, sebagaimana terdapat dalam hadis-hadis mengenainya (kelebihan menghidupkan malam-malam tersebut).

5-   Syeikh Ibnu Taimiyah Al-Hanbali sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Al-Fatawa Al-Kubra (jilid ke-5, m/s 344, cetakan Dar Al-Kutub Al-Ilmiah) : Adapaun pada malam nisfu Syaaban tersebut mempunyai kelebihan, dan para salafus soleh melakukan ibadah solat pada malam tersebut (dengan erti kata menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan melakukan ibadah).

Sumber:Hikmah

Tuesday, July 3, 2012

Pandangan Seorang Lelaki?????

Salam ukhwah salam 1 malaysia..


"Standardlah tu, kiteorang kan lelaki."
"Normallah tu, Huda, kalau tak nanti orang ingat kami gay pulak."
"Kalau tak suka, something wrong somewhere."
"Dah diaorang tunjuk, kita tengok jelah."
"Free show sapa tak nak?"
"Tengok je, bukan buat apa."
"Tengok je, tak luak la."
"Tengok je, tak sentuh pun."
"Tengok je, tengok je, tengok je."

pernah kah kalian mendengar atau kalian sendiri berkata demikian dengan kata2 mcm diatas....Pertamanya saya memohon maaf atas tulisan ini bukan mahu menjatuhkan sesiapa dan bukan juga mahu membela wanita. Ia hanyalah sekadar perkongsian dari saya, hasil pemerhatian dan pengalaman peribadi serta perkongsian dari rakan sendiri.

secara peribadi,Wanita boleh dikelaskan sebagai insan yang emosinya tidak menentu. Kadang-kadang senyumnya sampai ke telinga dan kadang-kadang masamnya sampai ke dagu. Jadi setiap lelaki mempunyai pendapat masing-masing terhadap kaum wanita. semua juga sedia maklum yang terdapat ramai wanita dalam dunia ini,tetapi adakah semua wanita mampu menarik minat semua lelaki?

1)Pesonaliti seorang wanita itu penting dengan pesonaliti ini dapat menyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya.

2)Penampilan,gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki itu terpikat.

3)kesopanan,ada juga mamat sekarang ni lebih suka wanita yang penuh kesopanan dangan kata lain mamat-mamat ni lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.

anda bagai mana pula?betulkah laki2 hanya memandang semua yg diatas,bagi sya bukan semua laki2 macam tu urm, pendek kata, jagalah setiap tutur kata, gerak geri, lengguk2 tubuh bila duk depan laki.  Jagalah diri dan maruah walopun laki2 tu adik beradik korang sekalipun, jiwa mereka still lelaki. :D 

Monday, July 2, 2012

Warna Penerang Hati,Warna Mengikut Hari.

Salam Ukhawah Salam 1 Malaysia....



Serba sedikit maklumat yang aku pelajari hari ini adalah;

Hari Ahad - Warna Hitam : Gabungan / istirehat / pertahanan
Hari Isnin - Warna Putih : Kesucian rohani
Hari Selasa - Warna Pink : Kasih sayang / tumpuan
Hari Rabu - Warna Biru : Perhubungan / komunikasi
Hari Khamis - Warna Kuning + Oren : Pemikiran / tenaga
Hari Jumaat - Warna Hijau : Keseimbangan / iman
Hari Sabtu - Warna Merah : Keberanian / tuah / kemewahan

PENGARUH WARNA MENGIKUT HARI.....

Isnin

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pine dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

Selasa

Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata.Adalah disarankan agar anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.

Rabu
Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroi seperi goiter (beguk), tongsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi .Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.


Jumaat

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan member kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung ) dan respirasi (Paru-paru ) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.


Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah dan Ot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.


Ahad

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana bahagian tubuh.Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.


sumber : http://cikgumala.blogspot.com .....

Saturday, June 16, 2012

DAD, YOU ARE MY HERO

Salam Ukhwah salam 1 Malaysia...


Hari bapa bakal akan tiba tak lama lagi, jadi ramai lah yang akan cari kad ucapan hari bapa ni tak pun hadiah atau pun buat kejutan buat ayah yang mana pada kali ini Hari Bapa 2012 yang akan jatuh pada 17 Jun 2012.. Err. Apa2 pun, kat sini penulis ingin mengucapkan selamat HARI BAPA 2012   di kala kita mengejar kemajuan, kadangkala kita terlupa akan sesuatu iaitu kedua ibu bapa kita. Kepada yang masih ada bapa, kasihani dan sayangilah mereka sementara mereka masih ada...

Sinonim dengan tugas sebagai ketua rumah tangga. Ibarat nakhoda sebuah kapal yang sarat dengan muatan. Dikemudinya mengikut arah yang telah ditetapkan untuk sampai ke satu destinasi yang hendak dituju. Tugasnya bukan mudah kan? Andai kata salah kemudi, maka salah juga arahnya dan seterusnya sesatlah serta semakin jauh daripada destinasi yang hendak dituju itu....



SELAMAT HARI BAPA daripada PENULIS buat AYAH tercinta AWANG BASRIH HJ OSMAN dan BANG SYA SOFIAN AWANG BASRIH DAN SEMUA yang sudah bergelar bapa dan istimewa buat bapa-bapa sedunia. Semoga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmatNya, dimurahkan rezeki dan dapat menjadi contoh tauladan kepada generasi muda masa ini. Insya Allah........




 NI DIA AYAH SYA AWANG BASRIH HJ OSMAN


NI ABANG SYA SOFIAN AG BASRIH & ISTERI

Wednesday, June 13, 2012

ANDA TERBAIK,TAHNIAH......

BELAKANG TABIR MINGGU HALUAN SISW
SESI 2012/2013(DIPLOMA)
TAHNIAH KEPADA SEMUA


PENGARAH PROGRAM
Alfian Robert


TIMBALAN PENGARAH PROGRAM
Azlan Bin Ahmad


SETIAUSAHA 1 & 2
Nur Fadhlina Binti Mohd Haris
Hanis Nabilah Binti Mustaffa Kamal


BENDAHARI 1 & 2
Nagentrau A/L Muniandy
Kasturi A/P Shamugavil


GAMBAR BARISAN MT MINGGU HALUAN SISWA 2012/2013 DIPLOMA




AHLIJAWATANKUASA PELAJAR.



BARISAN UNIT TEKNIKAL & SIARAYA
KETUA:Nazrul Azhar Bin Sanuasi 
TIMBALAN KETUA :Abdul Hanan Bin Khairy




BARISAN UNIT KESELAMATAN DAN DISIPLIN
KETUA:Mohd Sofiee Bin Ag Basrih (SAYA)
TIMBALAN KETUA :Farah Hanan Binte Samsudin






'

BARISAN UNIT TUGAS-TUGAS KHAS
KETUA:Mohd Fikri Bin Azizan
TIMBALAN KETUA :Zulkarnain Bin Yahya









BARISAN UNIT PENGURUSAN PROGRAM
KETUA:Miftakhul Ngulum Binti Imam Sholikhin
TIMBALAN KETUA :Mohd Rossidi Bin Ramli






BARISAN UNIT SUKAN DAN KEBUDAYAAN
KETUA:Abdul Mahfuz Bin Abdul Rahman
TIMBALAN KETUA :Noor Hazarina Binti Muhamed Hussain

 
 

BARISAN UNIT MODUL DAN SAMBUTAN
KETUA:Jefri Bin Saari
TIMBALAN KETUA :Nor Athirah Binti Rosman



 
BARISAN UNIT KEBAJIKAN DAN PENGINAPAN
KETUA:Raja Aminuddin Bin Raja Daud
TIMBALAN KETUA :Mohd Izham Bi Mohamad Yusuf




 BARISAN UNIT KEROHANIAN
KETUA:Syed Mohd Shahir Bin Syed Mazlan
TIMBALAN KETUA :Hafidah Binte Johar




  BARISAN UNIT JAMUAN
KETUA:Muhammad Faizal Bin Muhammad Ramli
TIMBALAN KETUA :Nor Izzati Binti Abdullah




BARISAN UNIT PENGANGAKUTAN
KETUA:Mahadi Bin Musa
TIMBALAN KETUA :Nor Adzyan Binti Ahmad Derniyan