Program ”Cross Cultural & Entrepreneurship Visit to Vietnam 2011” anjuran Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (PPPP) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).Kematangan mahasiswa di UTHM telah menjana pemikiran yang kreatif dikalangan mereka. Hasilnya pelbagai program telah berjaya dilaksanakan dengan ada di antaranya telah berjaya menaikkan nama universiti. UTHM juga telah boleh bersaing dengan IPTA – IPTA lain yang lebih awal penubuhannya di Malaysia dan secara tidak langsung UTHM digeruni dengan semangat yang ditonjolkan untuk menjadikannya yang terbaik di antara yang terbaik.Jesteru itu, Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah merancang program mobiliti pelajar ke Vietnam sebagai usaha dalam membentuk mahasiswa UTHM supaya lebih bersifat global. Melalui penerapan pelbagai elemen kemahiran insaniah, program ini diharapkan dapat memberikan mereka pengalaman yang luas supaya dapat bersaing dengan graduan yang lain selepas bergraduan kelak. Inisiatif yang diambil ini bertujuan memberi peluang kepada mereka yang aktif dalam membantu universiti terutama sekali Pejabat Hal Ehwal Pelajar di dalam pelbagai jenis program untuk ke luar negara.
Pemilihan Vietnam sebagai destinasi lawatan pada kali ini adalah untuk mendedahkan kepada mahasiswa akan budaya, adat resam dan cara mereka bekerja yang berbeza dengan kita. Secara tidak langsung mahasiswa dapat menilai sendiri perbezaan tersebut dan menjadikannya sebagai satu nilai tambah lebih-lebih lagi sejarah Vietnam itu sendiri menjadikan mereka berusaha untuk bersaing di mata dunia.Semestinya mahasiswa yang terpilih untuk menyertai program ini akan dapat meningkatkan “soft skill” mereka kerana perancangan yang rapi sangat diperlukan bagi melancarkan perjalanan program. Dengan itu, mahasiswa ini dapat dibentuk pemikiran mereka supaya lebih beridealisme, mempunyai karisma yang tinggi dan seterusnya menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara
klik part 2 and part 3 untuk melihat gmbar2 aktiviti ku bersama mereka2....harap anda semua terhibur.....
klik :PART 2 Cultural & Entrepreneurship Visit to Vietnam 2011
klik: PART 3 Cultural & Entrepreneurship Visit to Vietnam 2011
No comments:
Post a Comment