salam 1 malaysia salam aspirsi
pada 22/11/2011 Program Lawatan ke parlimen telah diadakan,ini merupakan salah satu usaha menyokong hasrat Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berhubung isu Pembangunan Modal Insan khususnya kepada mahasiswa/i di Malaysia. Bagi meningkatkan kemampuan dan daya saing termasuklah mampu mempelbagaikan peranan mahasiswa/i terutamanya kepada mahasiswa/i baru di UTHM sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti terutamanya bagi generasi muda. Selain itu, amatlah diharapkan pendedahan daripada program ini dapat memberikan peluang kepada universiti (UTHM) untuk mewujudkan pelbagai usahasama dengan semua pihak. Program ini wajar dilihat sebagai satu inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar dan Universiti (MPP UTHM) untuk menggapai cita-cita dan wawasan negara dengan sentiasa mendokong aspirasi Negara Malaysia. Aktiviti yang dirancang sebegini mampu memberikan implikasi dan impak positif demi membina kematangan dan mendidik para mahasiswa agar lebih berketrampilan dan berdaya saing. Delegasi UTHM akan membawa nama dan imej baik universiti sebagai pilihan kepada peluang pendidikan disamping akan mengadakan jalinan persefahaman antara kedua-dua pihak UTHM bersama Parlimen Malaysia. Kepentingan dan keperluan penganjuran program ini adalah usahasama dan manfaat semua pihak khususnya pimpinan mahasiswa serta pihak pengurusan dan pentadbiran universiti. Adalah menjadi harapan yang tinggi, selepas program lawatan ini selesai dan kembali ke UTHM dengan idea dan perencanaan yang lebih baik demi membantu membangunkan mahasiswa dan universiti. Sehubungan diharapkan kunjungan ini akan membuahkan hasil yang sangat membanggakan universiti dan negara.

No comments:
Post a Comment