Followers
Monday, December 19, 2011
Radio amatur 2011....
salam ukhwah salam 1 malaysia.....
pada 15/12/2011 lalu berlangsungnya peperiksaan radio amatur seri kedua tahun 2011.......sblm cerita lebih lanjut mari kita kenal apa tu radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang. Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.Pengendali radio amatur juga boleh menggunakan satelit amatur untuk berhubung sesama sendiri. Dengan mengunakan peralatan radio dan antena yang biasa digunakan oleh mereka, mereka sebenarnya mampu untuk mengunakan cara komunikasi seperti ini. Satelik ini dibangunkan dan diseliakan oleh pertubuhan radio amator itu sendiri secara suka rela seperi AMSAT. Dengan menggunakan sistem ini, para pelajar sekolah dan pengendali radio amatur boleh bercakap dan berhubung dengan angkasa yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).tujuan Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai. Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein (JY1A) dari Jordan, Raja Bumibol Adulyadej(HS1A)dari Thailand, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater (K7UGA) dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.
ah dah tau kan apa tu radio amatur ha3x.......skrg ni kita tak sabar nak tunggu kelulusan exzam hari tu....apa pun pikir2 segan ga beckp2 tp sekurang2nya kepuasan tu hahahahahahaha apa pun semoga terhibur lah k.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment