Followers

Sunday, December 11, 2011

Sultan abdul halim mu’adzam shah Yang di-Pertuan Agong ke 14 | sultan kedah agong ke 14




Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14 yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.Sultan Abdul Halim (Sultan kedah akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda.Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.


No comments:

Post a Comment