Followers

Saturday, February 18, 2012

10 orang terkaya di Malaysia 2012


Assalamualaikum dan salam 1malaysia....
nampaknya senarai 20 orang paling kaya di Malaysia 2012 telah dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business menurut dasarkan aset pegangan syarikat nampaknya Tan Sri Syed Mokthar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012.

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion tetapi merosot 8% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2011. kemudian disusuli dengan Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.

mengikut sumber2 berikut, semua individu terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul billion ringgit mereka terus bekerja kuat menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. Sifat yang kita semua mesti contohi.Adakah kedudukan Robert Kuok akan dirampas juga satu hari nanti? Kita tunggu dan lihat.

Bil. NamaKekayaan (RM Billion)
1 .Robert Kuok Hock Nien 45.700

2. T Ananda Krishnan 42.998

3. Tan Sri Teh Hong Piow 12.642

4. Tan Sri Lee Shin Cheng 11.356

5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 9.530

6. Tan Sri Quek Leng Chan 8.002

7. Tan Sri Lim Kok Thay 7.585

8. Puan Sri Lee Kim Hua 6.588

9. Tan Sri Tiong Hiew King 6.411

10. Ong Beng Seng 4.919

No comments:

Post a Comment