Followers

Tuesday, February 21, 2012

kehangatan Pilihanraya kampus semakin hampir dirasai??


Kini, bahang Pilihanraya Kampus (PRK) datang lagi betul kah.....mesti kini isu PRK hangat diperkatakan dikalangan mahasiswa/i,......mari bersama kita mengimbau kembali tujuan PRK atau dalam kata lain pilihan raya kampus... tujuannya diadakan pilihanraya kampus ialah bagi memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui kepimpinan MPP. MPP berfungsi sebagai mata, telinga pelajar dalam menjaga kebajikan mereka sepanjang pengajian disini. Ini bermakna pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab yang berat dan mereka benar-benar berkarisma dalam memberikan perkhidmatan terbaik terhadap masyarakat kampus. Memimpin para pelajar untuk membina budaya tinggi yang berkait rapat dengan budaya ilmu dan segala ciri-ciri yang perlu ada dalam pembinaan sebuah tamadun unggul...terdapat juga pendapat atau fahaman lain antaranya:-

1. Terdapat satu pandangan umum yang agak popular bahawa pilihan raya kampus (PRK) hanyalah suatu bentuk aktiviti yang tidak begitu penting yang dijalankan saban tahun untuk memilih barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP di sesebuah universiti.

2. Malah, ada yang beranggapan, ia sekadar ‘fardhu kifayah, orang lain buat kita tak payah’ justeru, golongan ini langsung memandang sepi PRK seolah-olah ia memang benar-benar tidak penting. Bagi mereka, cukuplah jika ada yang turun membuang undi, atau kalau tidak ada sekali pun, pihak universiti masih berkuasa memilih MPP berdasarkan peraturan-peraturan sedia ada.

3. Sikap tidak ambil berat, tidak peka dan mungkin juga tidak bertanggungjawab ini sebenarnya amat-amat merugikan. Demokrasi yang cuba dipupuk secara amali ini pastinya tidak mampu dicapai seoptimum mungkin lantaran kurangnya penyertaan daripada golongan mahasiswa terhadap perlaksanaannya.

4. Sekali pun ada yang secara sukarela terlibat secara aktif termasuklah sewaktu berkempen, meraih undi, membuang undi dan sebagainya lagi, namun tanpa sambutan yang sewajarnya, demokrasi itu sudah tentu tidak dapat diraikan seperti yang diharap-harapkan.

5. Justeru mahasiswa haruslah menyisih jauh segala pandangan lembam bahawa pilihan raya kampus adalah sesuatu yang tidak penting. Pandangan lembam beginilah yang akhirnya menyebabkan mahasiswa dilabel sebagai lesu dan tidak bermaya.

6. PRK bukan sekadar tentang membuang undi, juga tidak semata-mata berkenaan memilih calon yang kacak dan cantik-cantik seperti yang tercetak di atas kertas-kertas undi sahaja. Lebih dari itu, pilihan raya kampus ialah suatu proses untuk memaknakan kebebasan bersuara mahasiswa. Ia bukan lagi semata-mata tentang teori dan idealisme. Inilah detik untuk mempraktikkannya.

7. Mahasiswa perlu menggunakan peluang dan ruang yang disediakan ini sebaik-baiknya untuk menyatakan hak dan impian mereka. Gunakanlah proses ini untuk menyemarakkan harapan anda sama ada ia bersangkut-paut dengan hal-hal kebajikan mahupun isu-isu sejagat. PRK inilah medannya untuk anda memilih wakil terbaik yang mampu menyalurkan aspirasi anda supaya didengar oleh pihak universiti dan kerajaan.

Apa-apa pun bersama-sama lah kita nantikan PRK untuk sesi 2011/2012......

No comments:

Post a Comment