Followers

Sunday, April 8, 2012

ROTOS Camp UTHM ..

ROTOS merupakan satu  kem yang dibuat khusus untuk ahli-ahli baru kelab Pengakap kelanasiswa juga merupakan satu kem pendedahan awal kepada ahli-ahli baru kelab sebagai pendedahan kepada mereka tentang dunia pengakap . Sebelum seseorang ahli baru dilantik sebagai ahli kelana, mereka perlu mengambil ujian Lencana Keahlian yang disediakan khusus untuk Pengakap Kelana terlebih dahulu sebelum memulakan Latihan Bakal Kelana. Lencana ini diperlukan oleh ahli kelana sebagai mengakui mereka adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia.ROTOS dirancang khusus untuk membimbing ahli-ahli baru Kelab Pengakap Kelanasiswa. Dalam Pengakap Kelana terdapat pelbagai aktiviti dan keseronokan yang memberi cabaran dalam semua segi antaranya fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang berkhidmat untuk masyarakat. Justeru itu, ROTOS ini akan memberikan pendedahan awal kepada ahli baru dan membantu mereka melihat apakah yang Pengakap Kelana mampu lakukan kerana aktiviti Pengakap Kelana bukan untuk individu semata-mata malah ia meliputi sumbangan kepada masyarakat dan selebihnya adalah kepada individu itu sendiri.ROTOS ini mampu menyampaikan pendedahan awal kepada ahli baru kelab. Mereka perlu melihat dan mentafsir apakah yang Pengakap Kelana mampu lakukan kerana aktiviti Pengakap Kelana bukan untuk individu semata-mata malah ia meliputi sumbangan kepada masyarakat. Kelab UTHM ROVERS 2011 amat berharap agar perkhemahan ini akan dapat membantu melahirkan lebih ramai ahli pengakap baru didalam universiti dan meyumbang kepada modal insan serta kemahiran insaniah yang lebih baik. Pihak kami berharap agar kertas kerja ini diluluskan kerana ia akan menguatkan lagi kelab kami ini. Memandangkan kelab kami masih baru kami memerlukan lebih ramai ahli untuk kelangsunggan kelab kami pada masa hadapan.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI CAMP

























No comments:

Post a Comment