Followers

Sunday, April 8, 2012

ABPBH 2011

Anugerah Bintang Paling Popular 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya dengan kemenangan menjadi milik pelakon Aaron Aziz. Keputusan ini sekaligus menepati ramalan berikutan nama pelakon yang berasal dari Kota Singa ini terus mendapat perhatian selepas bangkit menerusi filem Ombak Rindu..Selain menerima trofi, Aaron turut membawa pulang sebuah kereta Nissan Teana bernilai RM135 ribu dan wang tunai berjumlan RM25 ribu berserta barang kemas Rafflesia Mandalay bernilai RM25 ribu.Pelakon kacak ini terus unggul dengan memenangi kategori pelakon filem lelaki popular mengalahkan pemenang tahun lalu iaitu Saheizy Sam.Anugerah yang dianjurkan kali ke-25 ini dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari Stacy, Alyah dan Datuk Siti Nurhaliza. Persembahan ketiga-tiga penyanyi ini mendapat iringan tarian dari pelakon tempatan seperti Watie Elite, Maria Farida dan pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi.Di pertengahan anugerah yang diadakan secara langsung dari Arena Of Star, Genting Highland ini diserikan dengan persembahan tribute Tan Sri P Ramlee, Biduanita Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman Hj Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza. Artis yang diberi mandat untuk segmen ini adalah Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Najwa Latiff, Black, Bob dan Shila Amzah.Kemuncak persembahan ABPBH25 diakhiri dengan persembahan dari Salma Mentor, Hazama, Faizal Tahir dan Amy Search bersama Man Kidal menerusi segmen lagu-lagu berentak rock. Pengacara ABPBH25 ialah Zizan Razak, Didie Alias, Raja Azura dan Sharifah Shahira.



Berikut adalah keputusan penuh ABPBH2011:
Penyanyi Lelaki
  1. Faizal Tahir
  2. Anuar Zain
  3. Aizat
  4. Hafiz (pemenang)
  5. Black
Penyanyi Wanita
  1. Najwa Latif
  2. Yuna (pemenang)
  3. Stacy
  4. Alyah
  5. Shila Amzah
Artis duo/Berkempulan
  1. 6ixth Sense
  2. Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah (pemenang)
  3. Meet Unclee Hussain/Hazama
  4. Bunkface
  5. Forteen
Artis Baru Lelaki
  1. Johan Ariff As'ari (pemenang)
  2. Hazama
  3. Awi Rafael
  4. Aeril Zafrel
  5. Beto Khusyairi
Artis Baru Wanita
  1. Tasha Shilla (pemenang)
  2. Najwa Latif
  3. Neelofa
  4. Nur Fathia
  5. Izara Aishah
Pelakon Filem Lelaki
  1. Aaron Aziz (pemenang)
  2. Shaheizy Sam
  3. Adi Putra
  4. Syamsul Yusof
  5. Bront Palaree
Pelakon Filem Wanita
  1. Lisa Surihani
  2. Maya Karin (pemenang)
  3. Diana Danielle
  4. Yana Samsudin
  5. Eja
Pelakon TV Lelaki
  1. Aaron Aziz
  2. Adi Putra
  3. Remy Ishak
  4. Fizz Fairuz (pemenang)
  5. Fauzi Nawawi
Pelakon TV Wanita
  1. Fasha Sandha (pemenang)
  2. Tizz Zaqyah
  3. Scha Alyahya
  4. Nora Danish
  5. Rozita Che Wan
Artis Komedi Lelaki
  1. Zizan Razak
  2. Johan (pemenang)
  3. Nabil
  4. Along Cham
  5. Afdlin Shauki
Artis Komedi Wanita
  1. Noorkhiriah
  2. Sharifah Shahira
  3. Didie Alias (pemenang)
  4. Kenchana Dewi
  5. Alliza Abdullah@Enot
Pengacara TV Lelaki
  1. Aznil Nawawi
  2. Faizal Ismail
  3. Ally Iskandar
  4. Awal Ashaari
  5. Zizan Razak (pemenang)
Pengacara TV Wanita
  1. Fara Fauzana (pemenang)
  2. Cheryl Samad
  3. Sharifah Shahira
  4. Raja Azura
  5. Nurul Shuhada
Penyampai Radio Lelaki
  1. Faizal Ismail (pemenang)
  2. Aznil Nawawi
  3. AG
  4. Halim Othman
  5. Khairil Rashid @ Krill
Penyampai Radio Wanita
  1. Fara Fauzana (pemenang)
  2. Linda Onn
  3. Raja Azura
  4. Abby Fana
  5. Sharifah Shahira
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH2011
Datuk Sheila Majid

Anugerah Seri PerakDatuk Siti Nurhaliza

Artis Paling Popular 2011Aaron Aziz

APA PUN TAHNIAH BUAT Aaron Aziz kerana merangkul anugerag artis paling popular 2011....

No comments:

Post a Comment