Followers

Saturday, April 21, 2012

KEMATIAN BOB KUMAN TERSEBAR!!!SAYA MASI HIDUPLAH

SALAM UKHWAH SALAM 1 MALAYSIA...

Hari ini seluruh rakyat malaysia dikejutkan Pelakon dan pelawak, Husin Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan panggilan Bob Kuman KONONNYA   sudah meninggal dunia...  Bob Kuman 'mengucapkan tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini.......
Katanya, tindakan tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih.
"Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.

Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu.

Bob Kuman, 40, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminatnya yang sudi menyumbang bagi membantu meringankan beban yang dialaminya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran dramaJangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas..apa pun abang BOB Walau apa pun, kami doakan agar Brader Bob Kuman segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa untuk meneruskan kehidupan dimasa akan datang....



sumber:-SINAR HARIAN

1 comment:

  1. la...sian hamba Allah ni...dok hidup org kata mati...hish2...moga Allah mengampunkan si penyebar fitnah tu...

    ReplyDelete