Followers

Sunday, March 18, 2012

AMAN KAMPUS UTHM

salam ukhwah salam 1 malaysia salam aman kampus..


Alhamdulillah syukur Program Aman Kampus telah pun melabuhkan tirainya smlm dengan berakhir dengan jayanya... Bermula dengan program komuniti "Mahasiswa&Masyarakat" pada 11/3/2012 dengan bertemakan 5 kampung 500 orang telah berpecah 5 buah kampung sekitar parit raja..Lebih 560 orang mahasiswa telah terlibat. Antara kelab-kelab pelajar yang turut sama dalam menjayakan Aman Kampus ini ialah Persatuan Pelajar Mekanikal, Persatuan Pelajar Awam, Kelab 1Malaysia, Kelab Sukarelawan dan Kelab Penyayang. kemudian "PC & Book Fair" menyusul pula "Aktif Siswa" dan diakhiri dengan "Bicara Ilmu bersama Imam Muda Hassan" sememangnya program ini dapat memberi banyak input-input berguna untuk dikongsikan. Anda sememangnya terbaik dikalangan yang terbaik..Teruskan bersama kami!!!Pelbagai rintangan dan halangan mendatang sewaktu ingin merealisasikan Aman Kampus UTHM ini tetapi alhamdulillah ianya tidak mematahkan semangat kami untuk menyampaikan dan berkongsi pengisian-pengisian yang positif dan membina buat seluruh warga kampus. Alhamdulillah syukur dengan berkat usaha gigih dan kerjasama yang erat dari semua pihak Aman Kampus UTHM telah pun dijayakan dengan sempurna. Tahniah sekali lagi dan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh ahli jawatankuasa yang banyak membantu menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada seluruh warga kampus yang terlibat serta memberikan sokongan! InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang! Aman! Kampus!








 Klik Link ni untuk saksikan beberapa pic semasa program AMAN KAMPUS UTHM....



1 comment:

  1. wah ! rajinnya korg semua..bagos2 ! demi kolej tercinta kan..hekhek :)

    anyway , done follow here..hit me back..please visit & follow my blog..& please give some an ur opinion my entry also..tq ^^

    ReplyDelete