Followers

Tuesday, May 3, 2011

KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA UTHM

UCAPAN MANTAN PRESIDEN KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA SESI 2009/2010

Assalamualaikum, salam sejahtera,salam 1 malaysia dan salam perpaduan

Syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya saya di pilih menjadi pengerusi Kelab sahabat 1 malaysia 2009/2010 .universiti tun huseein Onn Malaysia.Sepanjang hampir setahun memegang jawatan pengerusi banyak saya belajar mengenai pengurusan dan komunikasi dengan pelbagai pihak.Semasa memegang tampuk kempimpinan Kelab banyak perkara-perkara perlu diselesaikan kerana pelbagai prosedur perlu dilalui oleh kelab yang baru ditubuhkan.Walaupun Kelab ini baru ditubuhkan semangat 1 malaysia yang di tunjukkan oleh jawatankuasa kelab serta ahli-ahli kelab sangat berharga dalam menjayakan gagasan 1 malaysia di kampus.

Pentas kempimpinan kelab telah mengajar saya pengalaman yang begitu berharga dan tidak pernah diperolehi sebagai pelajar biasa.Disini saya mempelajari bagaimana untuk menjaga hubungan bersama kaum-kaum lain dan membina satu kekeluargaan dalam kelab sahabat 1 malaysia.Memang sukar untuk membentuk perpaduan di kalangan pelajar kampus tetapi dengan adanya Kelab Sahabat 1 malaysia hubungan antara kaum dan perpaudaan diantara kami dapat mengurangkan jurang yang terbentuk selama ini.

saya juga berterima kasih kepada jawatankuasa penaja yang telah menubuhkan kelab ini dan kementerian pengajian tinggi dan juga sokongan pejabat hal ehwal pelajar yang banyak membantu dalam penubuhan kelab 1 malaysia disemua ipta/ipts.Saya berharap dengan kempimpinan baru kelab sahabat 1 malaysia dapat meneruskan usaha yang telah kami jalankan sepanjang penubuhan kelab ini.Walaubagaimana pun kepercayaan masih diberikan pada saya untuk memegang jawatan setiausaha agung kelab sahabat 1malaysia uthm 2011 sangat berbesar hati untuk memberi tunnjuk ajar kepada barisan kempimpinan baru bagi meneruskan kesinambungan kelab ini.

akhirkata,saya meneyeru kepada pelajar-pelajar UTHM supaya bergiat aktif dalam program dan kelab2 di universiti sebagai persiapan dalam meredah dunia pekerjaan sebenar.Keputusan akademik cemerlang bukan la jaminan untuk seseorg itu mendapat pekerjaan kelak.Kemahiran-kemahiran sampinggan di perolehi sepanjang penglibatan dalam aktiviti universiti memberi banyak peluang kepada pelajar untuk menjadi seorang yang fleksibel dalam tugas mereka.


UCAPAN PRESIDEN KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA SESI 2011/2012


Assalamualaikum wrt wbt

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kudrat dan iradatNya saya diberi kekuatan untuk menjalankan segala amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Kelab Sahabat 1 Malaysia , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi sesi 2011/2012 .

Terima kasih kepada mantan peneraju Kelab Sahabat 1 Malaysia Uthm sesi 2010/2011 kerana memberikan kekuatan pada saya bagi memegang jawatan yang cukup besar bagi saya . Dan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada sahabat – sahabat yang memberi sokongan dan dorangan dalam meniti genggaman segala amanah dan tanggungjawab ini.

Dengan motto Kelab Sahabat 1 Malaysia, UTHM “1 UNTUK SEMUA , BERSATU MENJADI 1“ ia menjadi panduan utama saya dalam menerajui Kelab ini. Misi Kelab yang akan dicapai adalah “memperkasakan mahasiswa berkonsepkan gagasan 1 malaysia” , “menjayakan gagasan 1 Malaysia“ dan “menggalakkan perpaduan semua” . visi Kelab ini juga memberikan saya tindakan yg agresif dalam menerajui kelab ini iaitu “kesepaduan memperkasa agenda Universiti” .

Saya dengan sedaya upayanya akan mencapai misi dan visi Kelab ini bersama – sama ahli jawatankuasa lain dan ahli kelab dan seterusnya kepada masyarakat di dalam kampus mahupun diluar kampus dengan bersatu menjadi 1 semua bangsa iaitu melayu , india , tiong hua dan sabah Sarawak bagi menjayakan gagasan 1 Malaysia yang di Seru oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia .

Oleh itu saya berharap kita sebagai mahasiswa dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat diluar sana dan sekaligus mejadi ikon kepada masyarakat dalam semua perkara . “bertindak bukan untuk kesan renjisan ,tetapi untuk kesan simbahan “ dan “ sentiasa ingat kawan” .

Wassalam.


1 comment: