Followers

Sunday, May 22, 2011

TANAH RUNTUH...........

salam ukhwah salam 1 malaysia.....

Satu lg kejadian tanah runtuh yang berlaku dirumah persatuan anak yatim malaysia,Hulu Langat pada 21/5/2011 lebih kurang kul 2.30 ptg...rumah anak yatim yang menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja yang mana kesemuanya adalah laki2.difahamkan semasa kejadian semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang,Runtuhan itu jugaa dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau......subhanallah menurut sumber yang ada dalam kejadian tersebut berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri.setakat ni..setakat jam 7 malam semalam tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa,Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan....

ni antara koleksi serbah sedikit yg dapat di kongsi










Tuesday, May 17, 2011

Dunia Semakin Panas????

Salam Ukhwah Salam 1 Malaysia...


Dunia semakin panas,STOP!!!!! coba kita rasakan bagaimana cuaca saat ini de sikitar kita siang semakin panas,malam panas dan hari siang pun panas yang sejuknya bila....marilah kita generasi muda di hari bumi ini kita bangun kejutkan diri sendiri pasal isu ni sedar lah panas ni ha3x........apa kah tindakan kita semua ha3x?Di peringkat global, suhu bumi telah meningkat sebanyak kira-kira dua darjah dan kenaikan ini berbeza dari satu rantau ke satu rantau yang lain. Kawasan Artik umpamanya semakin menjadi panas pada kadar yang lebih pantas berbanding bahagian lain dunia. "Ahli sains kini pasti dan amat yakin bahawa 98 peratus pemanasan global yang kita alami sekarang berpunca daripada pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18."Sekarang kita ada dua masalah. Apabila tahap karbon dioksida meningkat, kesan rumah hijau menjadi lebih kuat dan ini akan meningkatkan suhu. "Apabila suhu meningkat, bumi akan bertindak kepada peningkatan suhu yang akan membawa kepada perubahan iklim," Di negara ini,Malaysia bukan penyumbang utama pelepasan karbon dioksida, kita juga perlu mula memikirkan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Ini adalah kerana kita tidak akan terlepas daripada bahana yang menimpa negara-negara lain! Sebagai sebuah negara dan untuk kesinambungan hidup kita, wajar sekali kita melengkapkan ilmu dan peka dengan pesekitaran kita. "Kita tidak boleh tinggal di dalam tempurung". Pemanasan global adalah ancaman global!"sukar sangat kah masalah ni diatasi,memang sukar bila setiap negara mementingkan negara masing2 temasuk tempat kita sendiri,menyedihkan lg apabila ianya memakan diri sendiri,kita yang merasa kita yang mengeluh semua kita yang rasa......tak tahan mcm ni wei panas btl tido mlm bangun2 ja gara2 panas.....maka kita akan rasa kesan daripada apa yang tangan kita laku kan,ini bukan janji kosong tp satu janji yang telah disebut dalam kitab suci al-quran(surah ar-ruum :41)

Tuesday, May 10, 2011

HARI ASMA SEDUNIA...





salam ukwah salam 1 malaysia....

har3x rupanya2 Tanggal 1 Mei setiap tahun adalah Hari Asma Sedunia, sebagaimana ditetapkan the Global Initiative for Asthma(GINA). Tema yang diangkat tahun ini adalah �You Can Control Your Asthma�. ha3x....Asma adalah penyakit peradangan pada saluran nafas yang kronik. Biasanya seseorang yang berpenyakit asma akan mengeluhkan sesak nafas, nafas berbunyi “ngik-ngik”, batuk, dan rasa tidak enak atau selesa di dada. Serangan ini biasanya sering terjadi pada malam hari atau menjelang subuh/pagi hari. Asma adalah penyakit yang banyak diderita oleh sebahagian besar masyarakat, terutama adalah anak-anak. Penyakit sangat berkaitan erat dengan faktor keturunan. Bila salah satu atau kedua orang tua, maupun datuk atau nenek menderita asma, maka sang anak pun berkemungkinan akan menderita asma. Tetapi banyak juga terjadi ketika kedua orang tua tidak menderita asma, tetapi anaknya asma.

Asma sering menimpa seseorang baik karena keturunan maupun sebab lainnya seperti alergik, polusi, stress dan lain-lain. Berdasarkan data Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), jumlah penderita asma di dunia dianggarkan mencapai 300 juta orang, angka ini dijangkah akan terus meningkat hingga 400 juta orang pada 2025. Di dunia, penyakit asma termasuk 5 besar penyebab kematian. diperkirakan 250.000 orang kematian setiap tahunnya karana asma. Tingginya angka ini banyak disebabkan oleh kontrol asma yang buruk dan lain-lain.

Beberapa strategi untuk mengontrolkan asma:

1. Mengetahui dengan jelas tentang penyakit asma

Seseorang yang mengidap asma sebaiknya mengenal dengan jelas selok belok penyakit yang dideritanya. Mengetahui dengan jelas apa sebenarnya penyakit asma yang dideritanya itu. Pengenalan tentang asma ini sebaiknya bukan hanya untuk pesakit yang menderita asma saja, tetapi juga kepada keluarganya. Dengan mengetahui dengan jelas penyakit yang di deritanya akan terbentuk sebuah motivasi positif dalam diri pasien dan keluarga untuk mengatasi asma yang diderita.

2.Mengenal faktor-faktor serangan asma

Serangan asma biasanya diawasi oleh faktor-faktor yang membuat penyakit ini datang. Dengan mengetahui, mempelajari serta memahami faktor-faktor yang timbulnya serangan asma yang terjadi, penderita dapat mengkontrol agar asmanya tidak sering timbul

3.Pengubatan asma

Pengubatan tidak hanya dilakukan ketika serangan asma terjadi, tetapi juga saat tidak terjadi serangan. Pesakit perlu memahami ubat yang harus digunakan pada waktu serangan dan di luar serangan. Pada prinsipnya, pengubatan asma disesuaikan dengan berat penyakitnya.

4. sukan/riadah yg teratur

Banyak orang yang mengatakan bahwa penderita asma tak boleh bersukan, karena akan menimbulkan serangan asma. Pendapat ini sungguh tidak benar. Penderita asma justru harus melakukan sukan secara teratur.

5. Secara teratur mengkontrol asma atas arahan dokter

Penderita asma sebaiknya melakukan kontrol secara teratur atas arahan dokter. Dengan melakukan kontrol secara teratur ini penderita dapat mengetahui dengan jelas bagaimana perkembangan penyakit kita ha3x....

Saturday, May 7, 2011

I LOVE MY MUM.......

salam perpaduan salam satu malaysia.




kita sedia maklum sekarang bulan may,bulan 5 lah hahahaha...and apa ada dengan bulan may ni?yang mana hari yang kita tunggu2 minggu pertama dalam bulan 5....MOTHER's Day lah hahahaha,korang dah wish kah?ada plan dah kah ar?.

Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).

bila di ingat kembali buat pengetahuan semua pernah jua lah sekali time aku study kat politeknik aku wish mamy aku tepat jam 12.00 a.m ni kali lain pula aku lagi jauh dari ibu aku skrg ni aku study kat UTHM johor sama ga wish juga tepat kul 12.00 a.m hahahahahahahaha........ops lupa akak ipar ku pun dah jd ibu juga skrg ni hahahahahaha,bg aku ibu segalanya susah ,senang, kaya, miskin, sedih, gembira semua nya ada,cuba bayangkan pengorbanan seorang ibu dari kita kecil sampai kita dewasa,mcm mana kita sebagai anak nak bls jasa pengorbanan drg tu semua,wang ringgit bukan pengukur bg dorang tp bg aku sebagai anak kejayaan ku, masa depan ku, kasih sayang ku, doa ku untuk dorang masi blm mampu bayar balik semua pengorbanan drg.......bg aku dorang hanya perlu kita tak da duit, tak berharta tak pa yang penting kasih sayang seorang anak amat penting......I LOVE MY MUM..............

Tuesday, May 3, 2011

KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA UTHM

UCAPAN MANTAN PRESIDEN KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA SESI 2009/2010

Assalamualaikum, salam sejahtera,salam 1 malaysia dan salam perpaduan

Syukur kehadrat Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya saya di pilih menjadi pengerusi Kelab sahabat 1 malaysia 2009/2010 .universiti tun huseein Onn Malaysia.Sepanjang hampir setahun memegang jawatan pengerusi banyak saya belajar mengenai pengurusan dan komunikasi dengan pelbagai pihak.Semasa memegang tampuk kempimpinan Kelab banyak perkara-perkara perlu diselesaikan kerana pelbagai prosedur perlu dilalui oleh kelab yang baru ditubuhkan.Walaupun Kelab ini baru ditubuhkan semangat 1 malaysia yang di tunjukkan oleh jawatankuasa kelab serta ahli-ahli kelab sangat berharga dalam menjayakan gagasan 1 malaysia di kampus.

Pentas kempimpinan kelab telah mengajar saya pengalaman yang begitu berharga dan tidak pernah diperolehi sebagai pelajar biasa.Disini saya mempelajari bagaimana untuk menjaga hubungan bersama kaum-kaum lain dan membina satu kekeluargaan dalam kelab sahabat 1 malaysia.Memang sukar untuk membentuk perpaduan di kalangan pelajar kampus tetapi dengan adanya Kelab Sahabat 1 malaysia hubungan antara kaum dan perpaudaan diantara kami dapat mengurangkan jurang yang terbentuk selama ini.

saya juga berterima kasih kepada jawatankuasa penaja yang telah menubuhkan kelab ini dan kementerian pengajian tinggi dan juga sokongan pejabat hal ehwal pelajar yang banyak membantu dalam penubuhan kelab 1 malaysia disemua ipta/ipts.Saya berharap dengan kempimpinan baru kelab sahabat 1 malaysia dapat meneruskan usaha yang telah kami jalankan sepanjang penubuhan kelab ini.Walaubagaimana pun kepercayaan masih diberikan pada saya untuk memegang jawatan setiausaha agung kelab sahabat 1malaysia uthm 2011 sangat berbesar hati untuk memberi tunnjuk ajar kepada barisan kempimpinan baru bagi meneruskan kesinambungan kelab ini.

akhirkata,saya meneyeru kepada pelajar-pelajar UTHM supaya bergiat aktif dalam program dan kelab2 di universiti sebagai persiapan dalam meredah dunia pekerjaan sebenar.Keputusan akademik cemerlang bukan la jaminan untuk seseorg itu mendapat pekerjaan kelak.Kemahiran-kemahiran sampinggan di perolehi sepanjang penglibatan dalam aktiviti universiti memberi banyak peluang kepada pelajar untuk menjadi seorang yang fleksibel dalam tugas mereka.


UCAPAN PRESIDEN KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA SESI 2011/2012


Assalamualaikum wrt wbt

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kudrat dan iradatNya saya diberi kekuatan untuk menjalankan segala amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Kelab Sahabat 1 Malaysia , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi sesi 2011/2012 .

Terima kasih kepada mantan peneraju Kelab Sahabat 1 Malaysia Uthm sesi 2010/2011 kerana memberikan kekuatan pada saya bagi memegang jawatan yang cukup besar bagi saya . Dan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada sahabat – sahabat yang memberi sokongan dan dorangan dalam meniti genggaman segala amanah dan tanggungjawab ini.

Dengan motto Kelab Sahabat 1 Malaysia, UTHM “1 UNTUK SEMUA , BERSATU MENJADI 1“ ia menjadi panduan utama saya dalam menerajui Kelab ini. Misi Kelab yang akan dicapai adalah “memperkasakan mahasiswa berkonsepkan gagasan 1 malaysia” , “menjayakan gagasan 1 Malaysia“ dan “menggalakkan perpaduan semua” . visi Kelab ini juga memberikan saya tindakan yg agresif dalam menerajui kelab ini iaitu “kesepaduan memperkasa agenda Universiti” .

Saya dengan sedaya upayanya akan mencapai misi dan visi Kelab ini bersama – sama ahli jawatankuasa lain dan ahli kelab dan seterusnya kepada masyarakat di dalam kampus mahupun diluar kampus dengan bersatu menjadi 1 semua bangsa iaitu melayu , india , tiong hua dan sabah Sarawak bagi menjayakan gagasan 1 Malaysia yang di Seru oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak , Perdana Menteri Malaysia .

Oleh itu saya berharap kita sebagai mahasiswa dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat diluar sana dan sekaligus mejadi ikon kepada masyarakat dalam semua perkara . “bertindak bukan untuk kesan renjisan ,tetapi untuk kesan simbahan “ dan “ sentiasa ingat kawan” .

Wassalam.


PART 2 AGM KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA UTHM