Followers

Tuesday, April 10, 2012

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Daulat Tuanku


DAULAT TUANKU
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14

Hari ini, 11 April 2012 akan berlangsungnya
Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14,
Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Istiadat pertabalan ini akan diadakan di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta.



Baginda yang  menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1949 telah menduduki tahta Kedah sejak 15 Julai 1958  dan ditabalkan pada Februari 1959 merupakan Sultan Kedah yang ke-28, menggantikan ayahanda baginda iaitu Sultan Badlishah yang memerintah dari tahun 1943 sehingga tahun 1958.
Tuanku Abdul Halim yang  menyambut Jubli Emas  iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah pada 15 Julai 2008,  kini berusia  84 tahun, diputerakan Istana Anak Bukit dekat Alor Star pada  28 November 1927.
Kali pertama Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah antara 21 September 1965 hingga 20 September 1970 iaitu ketika Sultan TerengganuTuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah menjadi Yang Di-Petuan Agong IV.
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011 ketika  iaitu semasa Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sungguh unik serta ironi juga apabila semasa Tuanku Abdul Halim menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada kali pertama pada 21 September 1970  hingga 20 September 1975, Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu dari 22 September 1970 sehingga 14 Januari 1976.
Kini apabila Tuanku Abdul Halim dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong XIV…untuk kali keduanya…memanda Perdana Menteri baginda adalah putera Almarhum Tun Razak iaitu Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang mula menduduki Seri Perdana pada 3 April 2009 menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

1 comment: