salam Ukhawah salam 1 Malaysia....
malam2 ni saja nak menjiwangkan diri dengan membuat cerita tentang kisah2 cinta...sesiapa sahaja yang pernah merasakan semua akan tahulah betapa peritnya betapa sakitnya saat dilupakan....ibarat pepatah "sakit yang paling dasyat adalah mencitai seseorang tapi tidak dibalas" perlukan kita membenci seseorang tu sedangkan menrinduinya dalam masa yang sama?rasa sakit hati karena dibuat patah cinta kiranya dapat terubati dan kembali optimis untuk melangkah melalui hari-hari baru yang lebih indah dan ceria....persoalan lagi blh kah?
1. Berdamai dengan diri sendiri. Manjakan diri anda seperti mandi sauna, urut aromaterapi dan sebagainya. Jangan ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yang iinginkan. Usah pedulikan komen-komen daripada orang lain.
2. Hindari daripada membuat keputusan-keputusan besar kerana keadaan anda masih dalam kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.
3. Berbicara dengan orang-orang yang anda percayai. Daripada mereka, anda akan mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati.
4. Keluarlah dengan kawan-kawan lama yang dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.
5. Perbaiki penampilan diri dengan demikian akan akan lebih mempercayai diri.
6. Jangan melarikan diri dengan orang lain. Orang yang baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru untuk menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana ‘pelarian’ tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.
7. Bermesralah dengan binatang kesayangan seperti kucing, arnab dan sebagainya. Sedikit sebanyak ianya akan dapat melupakan kepedihan.
8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih. Tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.
9. Jangan ragu untuk memberi ‘komplimen’ diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dengan bunga lain.
10. Makan tepat pada waktunya. Jangan menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dengan cepat tapi jangan pula hilang selera makan kerana anda akan jadi tidak bermaya. Makanlah dengan tepat dan sihat.
11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki ‘mood’.
12. Lakukan hobi yang anda sukai seperti membaca, menonton tv, berkebun dan sebagainya.
13. Jangan ‘trauma’ oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dalam hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.
zaman generasi Y kini kalau da putus mesti.................
1. Kalau stok yang asek berkepit dengan pasangan,dah putus mula la nak cari rakan dan bergaul mesra.
2. Mula berpikiran secara islamik dan terus pegi page, "budaya kapel itu haram"..lalu tekan LIKE.
3. Terus potong rambut sebab nakkan kelainan.
4. Perkara pertama yang dilakukan selepas putus ialah delete number bf/gf..tapi isunya, hangpa da hapal number markha masing-masing lagu mana nak lupa?
5. Jenis yang ektremis, terus pantas upload gambar bogel pasangan atau video 3gp. kih koh..
6. Sapa yang dok galak bikin kisah percintaan kat blog,terus delete entry2 "how i met my HINCHIK-BALAK- AKU- SORANG -JE -HENSEM", atau "HARI KITA DATING DEKAT CHILLIS GILLIS.".
7. Semua folder gambar tunjuk muke senget kanan,senget kiri, gambar sudut atas,gambar dalam kereta,gambar laga pipi, gambar setiap kali keluar date akan didelete, tapi 5minit kemudian, bukak balik recycle bin dan restore semula,pastu crop picture yang mana dan, pastu delete semula.kih koh..
8. Lebih memilih untuk bertapa di bilik,takut kang naik kereta ingat partner, order teh ais ingat partner,pergi tengok wayang ingat partner.grrrrrr...tension..
9. Tukar status "in a relationship @ Married" kepada Single.
Anggaplah putus cinta itu adalah satu ‘persinggahan’ dalam kehidupan. Berfikiran positif untuk menanganinya. Mungkin dia bukanlah yang terbaik untuk diri anda. Sesuatu yang terjadi ada kebaikan di sebaliknya.Sebagai seorang Islam, kepada-NYA kita mengadu apa yang tersirat di hati kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.Itulah beberapa kata kata patah hati yang bisa aku tuliskan buat teman-teman semua dalam postingan kali ini. Semoga teman-teman yang sudah membaca berkenan, dan mendapatkan penghiburan dari kata kata yang teruntai indah ini. Salam....
No comments:
Post a Comment