Baru-baru ini timbul suara yang menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menghapuskan PTPTN jika diberi peluang untuk menduduki ruang dibawah kubah hijau Bangunan Perdana Putra yakni menjadi PM. Maka, sekalian mahasiswa yang baru mengenali DSAI semasa zaman sekolah menengah mula melihat satu silver lining in the dark clouds. Mari kita imbas sejarah penubuhan PTPTN. Ia ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 atau Akta 566. PTPTN ditubuhkan ketika era pentadbiran Tun Dr.Mahathir Mohamad bagi memberi peluang kepada semua golongan Rakyat lebih-lebih yang miskin untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.PTPTN diletakkan dibawah ‘jagaan’ Kementerian Pendidikan Malaysia (kini dibawah Kementerian Pengajian Tinggi). Di dalam Akta tersebut terdapat 7 Seksyen yang menyebut MINISTER OF FINANCE (Menteri Kewangan) dan tugas penama tersebut bukanlah kecil. Pendek kata semua urusan kewangan PTPTN mestilah melalui Menteri Kewangan Malaysia dan perkara inilah yang ramai mahasiswa tidak ketahui bahawa ketika Akta ini diluluskan, Menteri Kewangan Malaysia adalah YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (TPM, BN-Permatang Pauh) dan semua ini berlaku dibawah batang hidung beliau.Sehingga kini, PTPTN telah memberikan pinjaman kepada 1.9 juta pelajar dengan nilai pinjaman sebanyak RM 43.6 Billion.
Tujuan utama penubuhan dana ini adalah untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka ke institut pengajian tinggi (IPT), bukannya untuk diberikan kepada semua termasuk anak golongan yang berkemampuan.Biro mencadangkan supaya satu mekanisme dan kriteria penilaian digunakan seperti dari sudut kemampuan keluarga untuk menampung perbelanjaan pengajian di IPT, proses dan jangka masa pembayaran balik selepas bekerja, serta faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi pemberian dan keberkesanan bantuan dana itu.Pelajar dan ibu bapa juga haruslah memastikan pelajar yang sudah bekerja dan mendapat gaji tetap menunaikan janji dan tanggung jawab pelajar itu. Pembayaran balik pinjaman akan memastikan kesinambungan dalam operasi dan pinjaman yang dapat diberikan kepada pelajar baru.Biro yakin, kalau masalah ini berlarutan, PTPTN sendiri mungkin akan terpaksa ditutup dan pelajar baru tidak lagi mendapat pembiayaan.Biro sekali lagi menyeru dan menggesa peminjam untuk memastikan usaha murni kerajaan membantu pelajar kurang berkemampuan tidak tergendala. Kita harus faham bahawa dana ini adalah untuk membantu pelajar semasa menuntut di IPT.Namun kalau dana ini disia-siakan oleh peminjam, maka PTPTN patut mengambil segala inisiatif dan tindakan ke atas mereka.Kadar pembayaran balik yang amat mudah dan tidak membebankan dengan jangka masa yang panjang seharusnya digunakan sebaik mungkin. Janganlah masalah ini berlarutan sehingga PTPTN sendiri tidak berupaya lagi dan terpaksa ditutup dan anak-anak kita tidak lagi menikmati kemudahan pada masa akan datang.Tiada siapa yang harus kita salahkan pada masa itu, kecuali pelajar yang degil tidak membayar balik dan ibu bapa yang tidak menunaikan amanah untuk menggesa peminjam melangsaikan hutang.
sumber: Rakan Bloger,Malaysiakini...dan sumber bacaan lain...
No comments:
Post a Comment