salam ukhwah salam aspirsi salam 1 malaysia.....
nampaknya jelajah aman kampus fasa 1 yang bermula pada 2 feb - 19 feb 2012 dah berakhir,yg bertemakan mahasiswa bersama masyarakat,kini fasa 2 akan datang pada 26 Feb - 11 mac 2012 dengan bertemakan jelajah kampus yang mana berlangsung selama 15 hari.........apa pun masi banyak yang bertanya apa sebenarnya aman kampus ni?antara objektifnya adalah:-
1)Menyuntik semangat patriotisme kepada mahasiswa agar terus menyokong dan memahami dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dan bertindak menjadi agen penggerak masyarakat yang efektif dan berkesan;
2)Memastikan suasana keharmonian dan kedamaian di setiap kampus dipelihara supaya penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri dan akademik dapat direalisasikan dengan jayanya;
3)Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat memberi impak terhadap sosio-politik masyarakat serta pembangunan intelek mahasiswa ; dan
4)Mewujudkan satu jaringan bersepadu diantara mahasiswa, alumni dan badan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat dalam menjayakanagenda pemerkasaan anak muda di peringkat IPT, Masyarakat, Negara dan Antarabangsa.
so mcm mana kawan2 dah faham belum....
untuk fasa pertama 'mahasiswa bersama masyarakat' yang mana melibatkan Mahasiswa dan NGO akan turun bertemu dengan masyarakat di seluruh negara yang melibatkan berapa tempat yang mempunyai populasi kepadatan tinggi masyarakat terpelajar dan juga yang terdiri pelbagai komposisi kaum dan kepercayaan. Misi mendekati dan menerangkan isu-isu yang dikenalpasti dari perspektif pemikiran mahasiswa di dalam kampus dan pemikiran anak muda di dalam NGO.antara objektifnya adalah:-
Menerangkan kepada masyarakat mengenai ‘AMAN KAMPUS’Memberi motivasi kepada golongan muda untuk melanjutkan pengajian dan bersama mempertahankan keamanan negara,Memperlihatkan sokongan anak muda & mahasiswa kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri,Menjelaskan dasar-dasar dan pencapaian negara kepada masyarakat,Mendapat input daripada masyarakat mengenai kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
kini yang akan bakal tiba iaitu 'jelajah kampus' yang mana melibatkan 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara dan setiap lokasi akan melibatkan minimum 1000 orang mahasiswa pelbagai bangsa.Program tertumpu mengikut kehendak mahasiswa di IPT dan yang menjadi perkara pertama Menteri Kabinet harus bersama bermesra dengan para mahasiswa di setiap kampus dalam keadaan bersantai dan berdialog dengan mereka berkaitan isu-isu semasa. NGOs akan mengetuai jelajah ini.yang mana berobjektifkan:-Menerangkan kepada Warga kampus mengenai ‘AMAN KAMPUS’,Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk cemerlang dalam pengajian dan bersama mempertahankan keamanan negara,Memperlihatkan mahasiswa kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri,Menjelaskan dasar-dasar dan pencapaian negara kepada masyarakat,Mendapat input daripada masyarakat mengenai kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
so apa persiapan bagi seluruh IPTA dan IPTS untuk program aman kampus ni?sama2 kita nantikan....semoga berjaya buat semua warga yang bergelar mahasiswa/i.........so apa2 hal rujuklah
AMAN KAMPUS sumber2 ni pun sya dapat dari sana......